Ramai tak tahu, Tun V.T. Sambanthan pernah jadi Perdana Menteri Malaysia untuk satu hari. Pasti anda pernah mendengar nama V. T. Sambanthan, bukan?
Sempena Hari Malaysia yang akan tiba tidak lama lagi, mari kita kenali beliau, yang merupakan salah seorang tokoh utama dalam mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dahulu.
Signboard Jalan Tun Sambanthan didedikasikan untuk beliau. Tapi kenapa?
Anak kelahiran Sungai Siput, Perak ini turut dikenali sebagai tokoh kemerdekaan. Nama sebenarnya adalah Thirunyanasambanthan, anak lelaki kepada Veerasamy, dan beliau dilahirkan pada 16 Jun 1919.
Bapa kepada Tun Sambanthan merupakan antara penanam pokok getah terawal di Sungai Siput dan pemilik beberapa ekar ladang.
Selepas melanjutkan pelajaran di Universiti Annamalai, India, untuk Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam jurusan ekonomi, beliau mula terlibat dalam bidang politik.
Beliau telah berjaya menyuarakan kepentingan masyarakat India Tanah Melayu dalam rundingan menuntut kemerdekaan.
Tun Sambanthan dikatakan telah didesak untuk memegang jawatan Presiden Malaysian Indian Congress (MIC) pada tahun 1955. Kritikan terhadap beliau ketika itu telah ditangani dengan tenang, dan beliau dipuji oleh Tunku Abdul Rahman.
Tun Sambanthan juga merupakan seorang perunding yang mahir dan sentiasa memastikan kehendak kaum India terjamin. Latar belakang beliau sebagai anak pemilik estet menjadikannya sentiasa fokus kepada kebajikan kelas pekerja di ladang.
Beliau menekankan toleransi, keharmonian, dan kerjasama antara pelbagai bangsa dan kaum, serta merupakan pengikut ajaran Mahatma Gandhi yang mempraktikkan anti-keganasan.
Sekitar tahun 1956-1957, Tun Sambanthan bersama Tunku Abdul Rahman dan Tun Tan Chen Lock diangkat sebagai tokoh utama dalam mencapai hari bersejarah pada 31 Ogos 1957.
Beliau juga pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama satu hari.
Mungkin ramai yang belum tahu bahawa dalam sejarah negara, terdapat rekod bahawa Tun Sambanthan pernah menjadi Perdana Menteri selama satu hari.
Namun, perkara ini bukan sesuatu yang perlu diraikan. Beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri sementara selama sehari pada 3 Ogos 1973, kerana pada waktu itu Perdana Menteri Tun Razak berada di Kanada, manakala timbalannya, Tun Dr Ismail, telah meninggal dunia.
Berikut adalah portfolio sepanjang penglibatan beliau dalam politik:
- Menteri Kesihatan (1957-1959)
- Menteri Kerja Raya, Pos & Telekomunikasi (1959-1971)
- Menteri Perpaduan Nasional (1972-1974)
- Perdana Menteri sementara untuk sehari pada Ogos 1973
Tubuhkan Sekolah Mahatma Gandhi di Perak
Pada tahun 1954, Tun Sambanthan telah menubuhkan sebuah sekolah Tamil bernama Mahatma Gandhi Kala Salai di estet beliau. Sekolah tersebut masih beroperasi sehingga kini di Sungai Siput, Perak.
Inisiatif ini bertujuan untuk memberi pelajaran kepada anak-anak pekerja di estet supaya mereka berpeluang mempelajari bahasa Inggeris. Pada masa itu, Tun Sambanthan telah bersetuju untuk memasukkan pelajaran bahasa Inggeris ke dalam semua sekolah Tamil di Perak.
Tun Sambanthan juga memainkan peranan dalam mengembalikan tarian singa selepas ia diharamkan berikutan Peristiwa 13 Mei.
Menteri Perpaduan Nasional untuk satu sebab! Kerajaan telah melarang tarian singa yang merupakan tradisi kaum Cina kerana terdapat ketegangan antara kaum yang tinggi selepas insiden 13 Mei 1969.
Menurut sumber, Tun Sambanthan, yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Perpaduan Nasional, telah mengambil pendekatan dengan mengajak pemimpin kaum Cina ke Genting untuk berunding bagi meredakan situasi.
Hasil daripada perbincangan tersebut, sekatan kerajaan terhadap tarian singa telah ditarik balik demi mempertahankan budaya kaum-kaum yang ada di Malaysia.
Tun Sambanthan juga sering dilihat memakai Dhoti.
Tercetus kontroversi apabila beliau dilihat memakai pakaian tradisional Tamil, iaitu Dhoti, semasa dilantik di Majlis Perundangan Persekutuan.
Pakaian tersebut dikatakan sebagai ‘taboo’ pada zaman British. Namun, beliau berkeras dan berkata, “Ini akan membuatkan orang kebanyakan merasa gembira.”
Selepas dilantik sebagai Menteri Buruh, beliau terus memakai pakaian tradisional itu ke mana sahaja beliau pergi.
Nama beliau diabadikan pada Stesen LRT Tun Sambanthan dan Wisma Tun Sambanthan.
Pada tahun 1979, Tun Sambanthan menghembuskan nafas terakhir pada usia 59 tahun akibat serangan jantung.
Beliau disemadikan di kampung kelahirannya di Sungai Siput, Perak.
Banyak lagi cerita tentang sumbangan Tun V.T. Sambanthan kepada Malaysia. Semoga pengorbanan beliau tidak dilupakan oleh generasi sekarang dan akan datang.