Ramai tak tahu rupanya baju banduan Malaysia ada 8 jenis, setiap satu miliki ‘kod’ dan maksud berbeza

Photo of author

By Joe

Ramai tak tahu rupanya baju banduan Malaysia ada 8 jenis, setiap satu miliki ‘kod’ dan maksud berbeza. Banyak yang tidak tahu mengenai 8 jenis warna dan maksud baju banduan di Malaysia, termasuk warna putih. Jika kita perhatikan, baju-baju banduan di Malaysia adalah berwarna-warni, dan setiap warna itu sebenarnya mempunyai Peringkat dan Kategori Banduan / Tahanan / Penghuni Penjara Malaysia yang berbeza makna dan maksudnya.

Mari kita kaji lebih lanjut 8 maksud perbezaan jenis warna baju banduan untuk pengetahuan semua.

Ramai tak tahu rupanya baju banduan Malaysia ada 8 jenis, setiap satu miliki 'kod' dan maksud berbeza

OREN

Belum dikategorikan sebagai banduan. Ini adalah baju untuk tahanan polis dan masih di bawah seliaan polis sepenuhnya. (OKT).

UNGU

Ramai tak tahu rupanya baju banduan Malaysia ada 8 jenis, setiap satu miliki 'kod' dan maksud berbeza

Baju ungu diperuntukkan kepada banduan reman yang sedang menjalani proses perbicaraan mahkamah. Mereka akan kekal direman selagi hukuman tidak diputuskan, kecuali jika dijamin. Ada juga penghuni yang tidak mendapat jaminan atas pendakwaan kes-kes yang berat di mahkamah.

PUTIH

Ramai tak tahu rupanya baju banduan Malaysia ada 8 jenis, setiap satu miliki 'kod' dan maksud berbeza

Baju dan seluar putih diperuntukkan kepada banduan yang menjalani hukuman singkat di bawah tempoh 6 bulan atas pelbagai kesalahan yang disabitkan oleh mahkamah. Mereka perlu mengikuti program kesedaran dan pemulihan yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia sebelum dibebaskan.

MERAH

Ramai tak tahu rupanya baju banduan Malaysia ada 8 jenis, setiap satu miliki 'kod' dan maksud berbeza

Bagi penghuni penjara yang menjalani hukuman lama (6 bulan ke atas), merah adalah warna baju peringkat pertama atau ‘kolar merah’. Mereka perlu memakainya selama tempoh 3 bulan dan mengikuti program pemulihan yang dinamakan Program Permodalan Insan (PPI). Fasa ini bermula dengan Fasa Orientasi dan memerlukan pemenuhan kriteria tertentu sebelum ke Fasa seterusnya.

HIJAU

Ramai tak tahu rupanya baju banduan Malaysia ada 8 jenis, setiap satu miliki 'kod' dan maksud berbeza

‘Kolar hijau’ adalah peringkat kedua yang akan dipakai selepas 3 bulan hingga 18 bulan (1 tahun, 6 bulan) menghuni penjara. Mereka menjalani program (PPI) Fasa 2, iaitu Fasa Pengukuhan Sahsiah yang mengandungi pembelajaran agama dan terapi kemasyarakatan.

BIRU

Ramai tak tahu rupanya baju banduan Malaysia ada 8 jenis, setiap satu miliki 'kod' dan maksud berbeza

Peringkat ‘kolar biru’ adalah mereka yang telah menghuni lebih 18 bulan. Golongan ini termasuk ‘banduan seumur hidup’ dan ‘banduan hayat’. Mereka telah menamatkan fasa pembelajaran PPI dan layak untuk bekerja di bengkel-bengkel yang disediakan di dalam penjara.

HIJAU FLORESCENT

Peringkat ‘hijau terang’ atau ‘hijau fluorescent’ merujuk kepada banduan ‘Pra-Bebas’. Mereka pada mulanya memakai baju merah, hijau, atau biru. Golongan ini terdiri daripada penghuni yang mempunyai baki hukuman kurang 3 bulan sebelum dibebaskan dan dipilih untuk bekerja di luar persekitaran penjara di bawah pengawasan pegawai penjara. Banduan yang bekerja di bawah Program Pemulihan Pemasyarakatan juga memakai warna baju yang sama.

PUTIH DENGAN KOLAR DAN LENGAN MERAH

Ramai tak tahu rupanya baju banduan Malaysia ada 8 jenis, setiap satu miliki 'kod' dan maksud berbeza

Peringkat ini digeruni oleh semua. Mereka yang memakainya dikategorikan sebagai ‘banduan akhir’ (BA). Mereka adalah penghuni yang sedang dalam proses menjalani hukuman gantung atau menunggu keputusan rayuan Mahkamah Agong agar dikurangkan ‘hukuman mati’ kepada ‘hukuman hayat’.

Baca Lagi:
Lebih 80 ekor lembu terjual untuk ibadah korban, lelaki ini jual dengan harga paling murah dalam Malaysia
“Bukan main tekan pedal minyak langgar lampu merah, tak pasal dapat habuan ‘sodok’ kereta polis”
Nampak macam hobi budak-budak, rupanya boleh jana pendapatan jutaan ringgit