Ramai tak tahu maksud sebenar simbol pada remote aircond, sebenarnya ia simbol jimatkan elektrik

Ramai tak tahu maksud sebenar simbol pada remote aircond, sebenarnya ia simbol jimatkan elektrik

Ramai tak tahu maksud sebenar simbol pada remote aircond, sebenarnya ia simbol jimatkan elektrik. Ramai yang ingat sebelum ini, alat kawalan jauh penghawa dingin (remote aircond) hanya untuk membuat bilik berasa sejuk dengan tekan on off sahaja. Tapi yang ramai tak tahu rupa-rupanya penghawa dingin jauh juga boleh menjimatkan tenaga elektrik.

Tidak dinafikan cuaca di Malaysia sangat panas. Walaupun cuaca panas pada waktu siang, masih dapat merasai bahangnya sehingga ke malam.

Bagaimana untuk menyejukkan ruang sambil menjimatkan bil elektrik? Sebenarnya penghawa dingin jauh boleh membantu anda.

Ramai tak tahu maksud sebenar simbol pada remote aircond, sebenarnya ia simbol jimatkan elektrik

Sejukkan Suhu Bilik

Bagi anda yang mempunyai aircond di rumah, sila gunakannya dengan berhemah dan cermat.

Untuk mengelakkan pembaziran elektrik, anda perlu memahami setiap fungsi dan mod semasa yang sesuai untuk kegunaan anda.

Dry Mode dan Cool Mode

Ramai yang tidak tahu bahawa simbol pada alat kawalan jauh penghawa dingin boleh menjimatkan tenaga elektrik!

Pengguna sering keliru tentang perbezaan antara cool mode dan dry mode.

Jika alat kawalan jauh menunjukkan simbol titisan air, ini bermakna dry mode. Dan jika simbol yang dipaparkan ialah kepingan salji, ia adalah cool mode.

Untuk jimtkan tenaga elektrik, kami menggalakkan anda menggunakan dry mode, kerana dengan mod ini kompresor tidak berjalan pada kelajuan maksimum untuk menyejukkan ruang.

Sensor juga akan mengesan perubahan suhu dan mengekalkan suasana yang selesa dengan hanya 60% kelembapan di ruang udara.

Ianya secara tidak langsung dapat menjimatkan lebih separuh daripada bil elektrik anda kerana dry mode ini tidak menggunakan caj eletrik yang berlebihan.

Baca Lagi:
Di luar negara berebut orang ambil perabot buangan, tapi di Malaysia lain pula cerita, ada yang ambil mesin basuh lama setiap jam 3 pagi dia berbunyi sendiri
Nombor plat termahal RM638,000 ‘FF2’ diguna pada kereta Bezza, netizen mula siasat siapa sebenarnya wanita tepi pintu kereta
Jangan tutup lampu tandas bila bermalam di hotel, ini pesanan pekerja hotel
CATEGORIES