Ramai tak puas hati, netizen cabar Mas Idayu masuk Gegar Vaganza

Ramai tak puas hati, netizen cabar Mas Idayu masuk Gegar Vaganza

Ramai tak puas hati, netizen cabar Mas Idayu masuk Gegar Vaganza. Susulan rasa tidak puas terhadap cara penjurian Mas Idayu pada minggu keenam Famili Duo baru-baru ini, netizen mendesak agar penyanyi dangdut itu menyertai program nyanyian terkenal, Gegar Vaganza (GV).

Cadangan tersebut disuarakan netizen kerana mereka mahu melihat sejauh atau sehebat mana nyanyian penyanyi itu sementelah dia kerap menghentam peserta dalam beberapa buah program realiti sebelum ini.

“Saya cabar Mas Idayu masuk Gegar Vaganza! Kalau berani, masuklah!
“Retweet (ulang kicau) tanda setuju. Like (suka) tanda setuju juga tapi dalam bukan versi retweet,” tulis seorang pengguna Twitter, @NaufalAntezem.

Ramai tak puas hati, netizen cabar Mas Idayu masuk Gegar Vaganza

Perkongsian tersebut menuai reaksi daripada netizen lain yang bersetuju sekiranya Mas Idayu menyertai GV kerana mereka tidak sabar melihat dia pula menerima komen dan kritikan daripada juri.

Bagaimanapun, terdapat juga balasan beberapa netizen yang berseloroh membayangkan situasi sekiranya penyanyi itu benar-benar menjadi peserta GV.

“Risau tak sempat juri nak komen, dia dah komen juri dulu,” balas seorang pengguna.

“Dia masuk Ceria Popstar pun tak lepas minggu kedua,” seloroh netizen lain.

Sementara itu, sejak isu membabitkan Mas Idayu tular, media sosial mula dibanjiri beberapa video lama penyanyi itu.

Antaranya sebuah video ketika dia menjadi juri bagi sesi uji bakat sebuah program realiti beberapa tahun lalu.

Dalam video berkenaan, seorang peserta lelaki mempersoalkan adakah dia boleh menyanyi dan suaranya sedap.

“Throwback (imbau kembali),” tulis netizen yang memuat naik video berkenaan dalam Twitter.

Beberapa hari lalu, dunia hiburan dipanaskan dengan kejadian Mas Idayu yang mengkritik cara nyanyian Sissy Iman dan Naim Daniel pada minggu keenam Famili Duo.

Kedua-dua penyanyi itu menyampaikan lagu Jampi dalam versi keroncong, namun Mas Idayu tidak menyukai persembahan tersebut selain berpendapat nyanyian mereka terlalu kasar untuk irama berkenaan.

Baca Lagi:
Wanita dedah kena cerai lebih 25 kali, tapi bila masuk mahkamah suami tak pernah mengaku
‘Berniaga sambil bersedekah’- Suami isteri buka carwash percuma basuh van jenazah dan kereta polis, kini dah ada 14 buah lori
Rider Foodpanda dapat order hantar Starbucks, terkejut dapat 2 angpao dari pemuda cina
CATEGORIES