Ramai orang tak tahu motif susun ikan macam ini

Ramai orang tak tahu motif susun ikan macam ini

Ramai orang tak tahu motif susun ikan macam ini. Teknik susunan ikan bawal dengan membenamkan kepalanya ke dalam ais disifatkan kreatif dan tindakan yang bijak untuk mengekalkan kesegaran ikan.

Perkongsian gambar dimuat naik oleh Sofea Rozaidi di Twitter, memaparkan sejumlah ikan bawal yang disusun secara kreatif sekali gus memperlihatkan seakan-akan seperti sedang berenang.

“Apa agaknya motif ikan ini disusun seperti ini,” katanya menerusi ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Sehubungan itu, hantaran tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada para netizen yang rata-ratanya terhibur dengan perkongsian tersebut.

Ramai orang tak tahu motif susun ikan macam ini

“Ini bawal emas dan memang perlu disusun seperti ini. Benamkan kepalanya ke dalam ais sebab risau ikan itu keliru samaada dia ikan atau tudung,” seloroh seorang pengguna, @NazrinProperty.
“Sangat kreatif. Semasa memohon kerja, dia sebenarnya minta bahagian pereka agaknya. Tetapi, tak dapat dan terpaksa duduk di bahagian ikan dan ayam,” ciap pengguna lain, @KuroiNidji.

“Di tempat saya, pameran ikan dihias bersama daun salad dan sebagainya yang seakan sebuah akuarium pula,” tulis seorang lagi netizen, @azryn81.

Dalam pada itu, seorang pengguna lain, @Taufikhiew1 berkata, kaedah itu digunakan bertujuan untuk mengekalkan kesegaran ikan dan ia juga sudah lama dipraktikkan.

Hantaran tersebut telah meraih sebanyak 2,262 ciap semula dan 5,366 tanda suka setakat ini.

Baca Lagi:
Suka tinggal di Malaysia, Minah Salleh ini beri 5 sebab kenapa suka Malaysia buat netizen terkejut
20 tahun setia kerja tebar roti canai di Malaysia, ane sebak bila nak tinggalkan Malaysia terpaksa pulang ke India
Dulu gaji masyuk sampai beli 7 buah kereta mewah, sekarang ini yang terjadi pada pemain bola sepak Kedah ini
CATEGORIES