Ramai netizen terkejut, pelakon Gerak Khas tinggal di rumah sewa selama 32 tahun dan akhirnya ini yang terjadi

Ramai netizen terkejut, pelakon Gerak Khas tinggal di rumah sewa selama 32 tahun dan akhirnya ini yang terjadi

Ramai netizen terkejut, pelakon Gerak Khas tinggal di rumah sewa selama 32 tahun dan akhirnya ini yang terjadi. Memiliki rumah idaman sebagai tempat tinggal untuk mendapat ketenangan dan kebahagiaan hidup. Rumahku syurgaku. Begitulah impian setiap orang.

Namun tidak semua mampu memiliki rumah idaman lantaran syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak pemaju.

Ramai netizen terkejut, pelakon Gerak Khas tinggal di rumah sewa selama 32 tahun dan akhirnya ini yang terjadi

Begitulah yang dihadapi oleh pelakon veteran, Zulkifli Ismail, yang terpaksa memilih untuk menyewa rumah. Menerusi muat naik di instagram miliknya pelakon veteran ini mendedahkan bahawa rumah yang didiami itu sebenarnya adalah rumah sewa.

Ramai netizen terkejut, pelakon Gerak Khas tinggal di rumah sewa selama 32 tahun dan akhirnya ini yang terjadi

Katanya rumah sewanya itu meninggalkan banyak kenangan buat dirinya yang telah mendudukinya sejak masih belum berkahwin. Hampir 32 tahun, menduduki rumah itu sehingga anaknya berkahwin, kini dia mengambil keputusan untuk berpindah dari kediaman itu.

32 tahun saya menyewa rumah ini. 32 tahun saya tinggal di sini, sejak berusia 27 tahun sehingga menghampiri usia emas.

Sejak masih bujang sehingga dah bermenantu. Terlalu banyak kenangan di sini. Hari ini saya akan berangkat meninggalkannya. Salam pamitan buat rumah yang banyak berjasa ini.

RUPANYA INI SEBAB TAK BELI RUMAH

Rupanya pelakon veteran ini sebenarnya bukan suka-suka memilih untuk menyewa rumah dalam tempoh yang salam.

Ramai netizen terkejut, pelakon Gerak Khas tinggal di rumah sewa selama 32 tahun dan akhirnya ini yang terjadi

Menerusi komen kelihatan ada peminatnya mempersoalkan tempoh yang lama menyewa rumah.

Tanpa berselidung, pelakon yang berusia 59 tahun itu menjelaskan bahawa tidak layak membuat permohonan pembelian rumah disebabkan kerjaya sebagai pelakon.

Ramai netizen terkejut, pelakon Gerak Khas tinggal di rumah sewa selama 32 tahun dan akhirnya ini yang terjadi

WARGAMAYA UCAP TAHNIAH BERPINDAH DI RUMAH BARU

Meninjau di ruangan komen rata-rata yang mengenali pelakon yang terkenal menerusi drama Gerak Khas sebagai ASP Razlanini ini meluahkan rasa kehilangannya.

Bahkan ada yang menyebut akan merindui kelibatnya bersama anak di surau berdekatan dengan rumah sewanya. Tidak lupa juga, ada mengucapkan tahniah berpindah ke rumah baru.

Ramai netizen terkejut, pelakon Gerak Khas tinggal di rumah sewa selama 32 tahun dan akhirnya ini yang terjadi

Zulkifli tinggal kerjaya wartawan demi lakonan

Siapa sangka minat menonton dan singgah menyaksikan latihan teater selepas pulang kerja ketika bertugas sebagai wartawan di sebuah akhbar tempatan membuka ruang kepada Zulkifli Ismail, 58, bergelar pelakon.

Perjalanannya dalam dunia lakonan boleh disifatkan secara tidak sengaja ketika sedang duduk bersantai menyaksikan latihan teater yang giat dijalankan.

Saya meminati dunia lakonan, namun ia hanyalah minat yang terpendam. Ketika masih bertugas sebagai wartawan, saya banyak menghabiskan masa menonton latihan kerja sebaik pulang kerja.

Saya selalu singgah di bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyaksikan teater dan sesi latihan. Suatu hari, saya ditegur pelakon, Allahyarham Nasir Ali.

“Arwah tanya adakah saya berminat berlakon, tetapi ia bukan untuk produksi teater dijayakan, sebaliknya stesen TV3 sedang mencari ramai pelakon tambahan yang muda dan berwajah seperti pelajar untuk drama. Lalu, arwah menghulurkan nombor telefon untuk saya hubungi,” imbau Zulkifli.

Aktor yang cukup dikenali menerusi watak DSP Razlan menerusi drama bersiri, Gerak Khas berkata, keesokannya tanpa berlengah terus menghubungi nombor diberikan arwah Nasir dan diminta datang ke TV3 menjalani uji bakat.

“Saya menghubungi nombor diberi dan diminta penerbit, Adman Salleh untuk datang ke pejabat yang terletak di Jalan Liku, Bangsar untuk sesi uji bakat.

Saya disuruh menghafal skrip dan diminta berlakon. Banyak juga soalan diajukan. Selesai uji bakat, Adman beritahu, dia nampak bakat saya, cuma watak pelakon tambahan tidak sesuai untuk saya.

Adman merasakan saya lebih layak memegang watak utama atau pembantu. Beliau berjanji memanggil saya sekiranya ada watak lebih sesuai. Ketika itu, saya anggap Adman hanya ingin menyedapkan hati saya. Barangkali, itulah caranya menolak saya dengan baik.

“Bagaimanapun, sebelum berlalu, Adman sempat pesan supaya jangan memotong rambut,” kongsinya kepada BH Online

Ketika itu, katanya, hatinya sedikit berbunga, namun enggan terlalu memikirkannya bimbang ia sekadar angan-angan. Namun, tidak sampai seminggu, dia menerima panggilan meminta datang ke TV3.

Apabila berjumpa Adman, dia hulur tangan dan mengucapkan tahniah. Saya sangka mungkin dikehendaki menggantikan tempat pelakon lain, tetapi saya terkejut ditawarkan watak utama untuk drama Basikal Ku mengisi slot Cerekarama pada 1986.

“Saya tak mampu menyembunyikan perasaan gementar kali pertama beraksi di depan kamera. Tambahan pula, saya tidak mempunyai ilmu, yang ada hanya bakat dan minat.

“Berkali-kali saya dimarahi pengarah dan diminta melakonkan semula babak sama. Malah, pengarah meminta saya belajar lagi.

“Namun, saya buat keputusan menyambung pengajian dalam peringkat Sijil Seni Kreatif di Universiti Sains Malaysia (USM) selama setahun selepas drama pertama ditayangkan,” katanya.

Sekembali menuntut ilmu, anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu berkata, dia tidak putus menerima tawaran lakonan, malah rezekinya masih lebat biarpun sudah memasuki usia emas.

Biarpun tidak pernah merangkul sebarang trofi sama ada terbaik mahupun popular, Zulkifli bersyukur namanya masih kekal dalam industri seni.

Malah, hasil pendapatan dalam bidang lakonan itulah membesarkan dua cahaya matanya.

Selain drama, Zulkifli juga pernah membintangi beberapa filem termasuklah Maria Mariana II, Pasrah, Ghazal Untuk Rabiah, Tak Ori Tapi Ok, GK3 The Movie, Saya Amat Mencintaimu, Kanta 1881, Lagenda Budak Setan 2: Katerina, Pak Pong dan banyak lagi.

Zulkfili mendirikan rumah tangga bersama guru, Umi Salbiah Abdul Rahman, 53, bersyukur, isterinya memahami kerjayanya sebagai pelakon. Malah, tidak pernah timbul perasaan cemburu biarpun ada wanita yang cuba menghimpit.

“Dari dahulu, saya tidak suka berselindung. Zaman belum ada telefon bimbit, ada kalanya peminat menghubungi menerusi telefon rumah. Namun, saya berpesan kepada keluarga, jika ada sesiapa telefon, minta tinggalkan nama dan tujuan menghubungi.

“Alhamdulillah, isteri tidak pernah cemburu. Malah, hingga ada telefon bimbit, e-mel dan media sosial, saya tidak pernah menyembunyikan kata laluan daripada isteri dan anak-anak.

Bagaimanapun, isteri bukan jenis yang suka ambil tahu. Saya tidak pernah cuba mengambil kesempatan memandangkan isteri memberikan sepenuh kepercayaan.

“Saya pula tidak pandai melencong setiap kali pulang kerja. Saya akan terus pulang ke rumah dan sesekali singgah ke kedai mamak, itu sahaja,” katanya.

Ramai netizen terkejut, pelakon Gerak Khas tinggal di rumah sewa selama 32 tahun dan akhirnya ini yang terjadi

Ditanya pernahkah rasa menyesal memilih kerjaya lakonan, sedangkan mempunyai kerjaya tetap sebagai wartawan, Zulkifli berkata, ada kala pernah juga terdetik alangkah beruntungnya jika masih berkerja dan mempunyai pendapatan tetap.

Namun, pada masa sama, Zulkifli sentiasa percaya kepada takdir dan ketentuan Ilahi. Malah, bersyukur disebabkan kerjaya sebagai pelakon bertemu dengan isterinya.

Mengenai pembabitan anak-anaknya dalam bidang seni, Zulkifli berkata, dia tidak pernah menghalang sekiranya mereka berminat bergelar pelakon.

Namun, anak sulung, Zulfati Izazi, 29, bertugas sebagai pensyarah di sebuah universiti di Korea Selatan mengajar bahasa Malaysia, manakala anak kedua, Zulzarif Irfan, 24, pula masih menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam jurusan perfileman.

Ramai netizen terkejut, pelakon Gerak Khas tinggal di rumah sewa selama 32 tahun dan akhirnya ini yang terjadi

“Zulfati pernah berlakon sewaktu berusia 11 tahun. Namun, saya terpaksa menghentikannya daripada berlakon supaya dapat memberikan tumpuan pada peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Ini kerana apabila terlalu sibuk berlakon, pelajaran banyak tertinggal.

“Saya juga melihatnya penat kerana perlu membahagikan masa antara lakonan dan pelajaran.

“Saya hanya izinkan berlakon selepas tamat pengajian, namun Zulfati tidak lagi berminat apabila menghabiskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PHD).

“Saya tidak pernah menghalang anak-anak buat apa, termasuklah soal jodoh. Siapa pun pilihan mereka saya terima.

“Begitu juga anak bongsu, saya tidak kisah ingin menceburi bidang seni, tetapi jika boleh, biarlah ada pekerjaan tetap supaya mempunyai masa depan yang lebih terjamin,” katanya yang pernah lebih 300 drama dan 10 filem sejak bergelar pelakon selama hampir empat dekad.

Baca Lagi:
Moratorium 6 bulan untuk pelanggan terjejas banjir – Agrobank
Keadaan al-Quran tak terjejas, sedangkan mesin basuh dan tong gas semua terbalik
Puteri Sarah dedah Syamsul Yusof sudah berkahwin dengan Ira Kazar, Yusof Haslam mula bersuara
CATEGORIES