Ramai kecam pakaian rasmi kontijen Malaysia, ini jawapan Menteri KBS

Ramai kecam pakaian rasmi kontijen Malaysia, ini jawapan Menteri KBS

Ramai kecam pakaian rasmi kontijen Malaysia, ini jawapan Menteri KBS. Pakaian rasmi kontinjen Malaysia untuk pelbagai temasya sukan yang diperkenalkan pada Ahad telah menimbulkan kontroversi yang serius di kalangan netizen.

Beberapa pengguna media sosial mengkritik Kementerian Belia dan Sukan (KBS) atas rekaan yang dianggap ketinggalan zaman dan kurang menarik.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menjawab kritikan tersebut dengan menegaskan bahawa pakaian tersebut bukanlah di bawah bidang kuasa KBS, tetapi dikelola oleh Majlis Olimpik Malaysia.

Ramai kecam pakaian rasmi kontijen Malaysia, ini jawapan Menteri KBS

“Hiasan rasmi kontinjen Malaysia untuk pelbagai temasya sukan adalah tanggungjawab Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
“Ia adalah hasil kerjasama antara Yonex dan Majlis Olimpik Malaysia, dan tidak termasuk dalam bidang kuasa KBS dan Majlis Sukan Negara (MNS),” katanya.

Hannah memberikan penjelasan tersebut melalui satu posting di laman X pada petang Isnin.

Sebelum ini, majoriti netizen mengkritik rekaan tersebut kerana dianggap tidak sesuai untuk atlet menggayakannya semasa mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.

Selain itu, terdapat kebimbangan mengenai kualiti fabrik dan rekaan secara keseluruhan, serta penggunaan Jalur Gemilang yang kelihatan berbeza dari warna asalnya.

Ramai kecam pakaian rasmi kontijen Malaysia, ini jawapan Menteri KBS

Lebih memerahkan lagi, rekaan itu juga dibandingkan dengan baju usahawan makanan, Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda Crepe.

“Kalau aku jadi atlit Malaysia, lebih baik aku pakai baju Kieda Crepe masa pembukaan Olimpik berbanding pakai baju rekaan hauk ni.

Untuk catatan, pakaian rasmi kontinjen Malaysia untuk Sukan Olimpik XXXIII di Paris 2024 telah dilancarkan pada hari Ahad sempena sambutan Hari Olimpik 2024 di The Exchange, TRX.

Antara yang turut hadir ialah Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia untuk Sukan Olimpik Paris 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin dan Timbalan CDM Datuk Nicol Ann David.

Baca Lagi:
Wanita dodoi anak buaya dengan lagu ‘tepuk amai-amai’ curi tumpuan ramai
Lelaki warganegara UK akui tak boleh hidup di negara sendiri tanpa ‘kepala paip’ selepas balik dari Malaysia
Cara nak dapatkan gaji yang kita idamkan selama ini ketika temuduga kerja, ini cara berkesan yang wajib buat
CATEGORIES