Ramai buka mata selepas wanita ini dedah realiti sebenar beli emas 0.001g di TikTok. Jika anda seorang yang gemar membeli-belah melalui aplikasi TikTok, pasti anda pernah melihat penjual yang menawarkan biji emas seberat 0.001 gram dengan harga antara RM5 hingga RM10.
Dengan harga serendah itu, pasti ada yang membelinya dengan alasan untuk membuat pelaburan emas atau sekadar simpanan untuk masa depan.
Namun, perkongsian seorang individu ini telah mendedahkan realiti sebenar di sebalik harga emas yang murah, yang sebenarnya merugikan pengguna.
Dalam hantaran video tersebut, wanita itu telah mengunjungi sebuah kedai emas untuk memajak biji emasnya, tetapi tidak diterima.
Malah, menurut pemilik kedai emas, walaupun seseorang itu mengumpul sehingga 1kg biji emas, mereka tidak akan membelinya.
Ini kerana biji emas yang sangat kecil tidak boleh diuji ketulenannya seperti kebiasaannya, walaupun ia disertakan dengan kad yang menunjukkan ketulenannya.
Selain itu, jika anda membeli emas dengan harga RM10 untuk 0.001 gram, anda sebenarnya telah membelanjakan RM1,000 untuk 1 gram sahaja. Rugi, bukan?
Perkongsian tersebut jelas telah membuka mata ramai netizen dan boleh dianggap sebagai peringatan untuk mempelajari terlebih dahulu selok-belok pelaburan emas sebelum membelinya agar tidak mengalami kerugian di kemudian hari.
@ezlindaismail Replying to @idkyway Nak beli emas kena beli dengan cara yang betul untuk elakkan anda dari kerugian BESAR..Daftar acc emas Public Gold, percuma sahaja..Anda boleh kumpel gram dalam acc GAP, boleh beli gram emas serendah RM100 sahaja dapat juga 0.26+ gram..Kumpul banyak sikit, boleh terus keluarkan Goldbar/Dinar yang berat-berat..Nak jual/pajak pun senang 💪 Daftar acc percuma, tekan beg biru kat video ni! Ezlinda Ismail Dealer Public Gold PG00865906 Public Gold | PG Mall https://www.publicgoldofficial.com/EZRenterprise #publicgold #G100Network #tipskewangan #trusteddealer #publicgoldshahalam #dealershahalam ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya