Ramai berbuka puasa awal disebabkan ikut azan radio, penyampai radio mohon maaf

Ramai berbuka puasa awal disebabkan ikut azan radio, penyampai radio mohon maaf

Ramai berbuka puasa awal disebabkan ikut azan radio, penyampai radio mohon maaf.

Seorang penyampai radio tempatan di sini tampil memohon maaf kepada orang ramai kerana telah melakukan kesilapan teknikal dengan menyiarkan azan Maghrib empat minit lebih awal, hari ini.

Bagi daerah Tawau, waktu Maghrib adalah jam 6.20 petang namun penyampai itu telah menyiarkan azan pada jam 6.16 petang, menyebabkan ada pendengar yang berbuka puasa lebih awal tanpa disengajakan.

“Saya, Mohd Safwan bin Junit, penyampai yang bertugas petang ini dalam program Syoknya Hujung Minggu telah melakukan kesilapan teknikal yang mana azan Maghrib telah disiarkan dua kali, iaitu sekitar 6.16 petang dan yang kedua 6.20 petang.

“Azan yang sepatutnya disiarkan pada 6.20 telah dikumandangkan lebih awal dari waktunya, ia menyebabkan ramai daripada warga Tawau secara tidak sengaja telah berbuka puasa awal dari waktu,” katanya dalam akaun Facebook peribadinya malam ini.

71648998648 TBAZANAWAL

Menurut Mohd Safwan perkara itu terjadi disebabkan oleh kesilapan teknikal serta diri sendiri dan bukan melibatkan stesen radio tersebut.

“Yang baik datangnya dari Allah, dan yang kurang itu datangnya dari diri saya sendiri,” ujarnya.

Netizen dalam ruang komentar pula rata-rata memaafkan Safwan dan memintanya untuk berhati-hati di masa akan datang.

Astro AWANI akan mendapatkan kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa agama tempatan mengenai tindakan yang perlu dilakukan bagi orang ramai yang telah berbuka puasa awal disebabkan insiden berkenaan.

Baca Lagi:

Tiga anak melayu kini berjaya di UK bisnes Ganja, kalau dekat Malaysia comfirm kena gantung!

Tersalah berbuka puasa awal kerana azan di radio, ini jawapan mufti

Ini fakta daun ganja yang ramai tidak tahu..Patutlah Freemason haramkan ganja, rupanya….

CATEGORIES