Ramai belum tahu, beza label ‘Guna Sebelum’ dan ‘Baik Sebelum” pada produk makanan dan minuman

Ramai belum tahu, beza label ‘Guna Sebelum’ dan ‘Baik Sebelum” pada produk makanan dan minuman

Ramai belum tahu, beza label ‘Guna Sebelum’ dan ‘Baik Sebelum” pada produk makanan dan minuman. Perasankah anda akan label tarikh luput pada produk makanan dan minuman yang mencatat “Baik Sebelum” (Best before) dan “Guna Sebelum” (Use by)?

Label tarikh luput digunapakai untuk produk-produk yang mudah rosak seperti makanan dan minuman, ubatan, kosmetik, bahan letupan, tayar, bateri dan macam-macam lagi. Namun di sini, kita akan focus kepada makanan dan minuman sahaja.

Perbezaan Kedua Jenis Tarikh Luput Ini.

Sebenarnya ada perbezaan pada kedua jenis label tarikh luput ini. Kita tidak seharusnya mengambil ringan akan hal ini kerana ada sebabnya makanan ini dilabel sebegitu. Jom teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.

Guna Sebelum (Use by)

Ramai belum tahu, beza label 'Guna Sebelum' dan 'Baik Sebelum" pada produk makanan dan minuman

Baca Juga : Tak guna, patutlah minyak masak susah dapat..Ini kepala dia buat hal – Netizen

Tarikh yang tertera sebagai “Guna Sebelum” ialah akhir sesuatu produk itu SELAMAT untuk dimakan. Kebiasannya ianya digunakan pada produk makanan yang cepat rosak dan tidak perlu simpan lama seperti daging, susu, kek, roti, telur dan sebagainya. Bagi produk makanan yang dilabel sebegini haruslah diBUANG serta merta selepas tarikh yang dinyatakan.

Baik Sebelum (Best Before)

Ramai belum tahu, beza label 'Guna Sebelum' dan 'Baik Sebelum" pada produk makanan dan minuman

Tarikh untuk label “Baik Sebelum” menunjukkan sifat atau KUALITI produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan. Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, produk itu sudah TIDAK boleh dijual kerana berkurangnya kualiti seperti kehilangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.

Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan. Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada:

  • Perubahan rupa (berkulat, berlendir, keladak, pembentukan lapisan cecair)
  • Warna (berubah dari yang asal)
  • Bau (tengit disebabkan oksidasi)
  • Rasa (tengit, masam) dari yang asal disebabkan oleh berlakunya tindakbalas kimia pada produk berkenaan.
  • Sekiranya terdapat perubahan ini, maka kita seharusnya membuang terus produk ini.

Tips untuk memanjangkan jangka hayat produk

Simpan di dalam peti ice (freezer atau chiller). Suhu yang rendah melambatkan proses tindakbalas kimia bahan dalaman produk, juga memperlahankan pertumbuhan kulat dan aktiviti bakteria perosak.

Baca Juga : [VIDEO] Rezeki 28 tahun kerja pam minyak Petronas, staf paling lejen dapat hadiah dari tauke pakej ke Umrah

Kisah Nenek tertua di dunia berusia 91 tahun dapat hidayah memeluk Islam

Ini rahsia bilik hotel yang pekerja tidak akan bagitahu kepada ‘guest’

Dunia islam telah kehilangan seorang Ulamak hebat yang mengislamkan 100000 ribu orang, bina 401 buah Masjid

CATEGORIES
TAGS