Rakyat yang diisytihar muflis akan dilepaskan secara automatik bermula 1 Mac

Rakyat yang diisytihar muflis akan dilepaskan secara automatik bermula 1 Mac

Rakyat yang diisytihar muflis akan dilepaskan secara automatik bermula 1 Mac. Kerajaan menyasarkan 130,000 rakyat dilepaskan daripada status muflis setelah pindaan Akta Insolvensi 1967 diluluskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, akta tersebut akan dipinda supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa yang singkat.

Jelas beliau, sementara menunggu pindaan, kes-kes kecil yang mempunyai hutang kurang RM50,000 dan memenuhi syarat akan dilepaskan serta-merta mulai 1 Mac ini.

Rakyat yang diisytihar muflis akan dilepaskan secara automatik bermula 1 Mac

“Rakyat yang diisytihar muflis berhak punyai peluang kedua. Setakat Januari, lebih 260,000 kes muflis telah direkodkan.
“Ia turut melibatkan anak-anak kita majoritinya Melayu yang mempunyai potensi menyumbang kepada ekonomi negara,” katanya yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Selain itu, menurut beliau, bagi golongan banduan pula, untuk kepentingan dan asimilasi semula ke dalam masyarakat, mereka akan terus diberi latihan secukupnya melalui program Skill for Inmate.

Tambah Ahli Parlimen Tambun itu, majikan juga digalakkan untuk menggaji banduan termasuk bekas penghuni Sekolah Henry Gurney dan institusi perlindungan dan pemulihan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta layak mendapat potongan cukai tambahan.

Jelasnya, Program Agro Penjara untuk banduan terlibat dalam aktiviti pertanian yang dilaksanakan di atas tanah penjara seluas 70 hektar akan terus diperkasa dengan peruntukan RM10 juta.

Baca Lagi:
Syamsul Yusof dapat gelaran Datuk?, antara Ira Kazar dan Puteri Sarah siapa Datinnya..
Upah RM400 sebulan, gadis 20 tahun selamba angkat buah kelapa sawit
Senarai penuh Bantuan Rakyat melalui Belanjawan 2023
CATEGORIES