Rakyat Thailand dibenarkan jual produk berasaskan ketum secara online

Rakyat Thailand dibenarkan jual produk berasaskan ketum secara online

Rakyat Thailand dibenarkan jual produk berasaskan ketum secara online.

Undang-undang baharu mengenai penggunaan ketum berkuat kuasa secara rasmi di Thailand, sejak Sabtu lalu.

Lapor thethaiger.com, daun ketum digunakan sebagai ubat penahan sakit dan perangsang ringan.

Undang-undang dikenali sebagai Akta Kratom 2022 membenarkan individu menjual produk berasaskan ketum seperti makanan dan minuman secara dalam talian.

Sebelum ini, individu hanya dibenarkan menjual tanaman dan daun ketum, justeru undang-undang baharu ini bertujuan membuka peluang jualan kepada para petani dan pihak lain.

Jurucakap kerajaan Rachada Dhnadirek berkata, dasar itu bertujuan menjadikan ketum sebagai tanaman ekonomi negara selain mewujudkan pendapatan kepada para petani menerusi penggunaan perubatannya.

Rakyat Thailand dibenarkan jual produk berasaskan ketum secara online

Bagaimanapun, undang-undang baharu itu mempunyai beberapa sekatan.

Antaranya, ia melarang import dan eksport daun ketum tanpa kebenaran daripada Lembaga Kawalan Narkotik.

“Mana-mana individu yang didapati mengimport atau mengeksport ketum tanpa kebenaran berisiko dikenakan penjara maksimum setahun dan atau didenda sehingga 100,000 baht (RM12,308),” jelasnya.

Undang-undang itu juga melarang penjualan ketum kepada kanak-kanak bawah umur serta wanita hamil dan yang menyusu bayi.

“Sesiapa yang didapati menjual daun ketum dan produk kepada kanak-kanak berusia bawah 18 tahun, wanita hamil atau ibu yang menyusu bayi boleh berdepan denda sehingga 30,000 baht (RM3,690),” jelasnya.

Orang ramai juga tidak dibenarkan menjual ketum di sekolah, asrama atau taman awam.

Mereka yang didapati menjual ketum di premis demikian berisiko dikenakan denda maksimum 50,000 baht (RM6,154).

Selain itu, pengiklan juga tidak dibenarkan menggalakkan individu menggunakan daun ketum atau daun yang dicampur dengan bahan psikotropik untuk tujuan rekreasi.

Hukuman bagi kesalahan itu termasuk denda 30,000 baht (RM3,690) atau penjara selama dua tahun.

Baca lagi: 

Perhatian Pengguna Astro : Tempoh pembayaran bil Astro dipendekkan dari 30 hari ke 25 hari, jika gagal jelaskan ini yang akan terjadi

Pemandu Grab dibunuh dengan kejam, mayat disumbat dalam but kereta

Lelaki menyamar jadi dukun paksa janda lakukan seks dengan anak sendiri

CATEGORIES