Rakyat Kelantan tak perlu pawagam boleh tengok Netflix, You duduk rumah sambil makan kuaci pun boleh tengok” – Nik Amar

Rakyat Kelantan tak perlu pawagam boleh tengok Netflix, You duduk rumah sambil makan kuaci pun boleh tengok” – Nik Amar

Rakyat Kelantan tak perlu pawagam boleh tengok Netflix, You duduk rumah sambil makan kuaci pun boleh tengok” – Nik Amar

Kerajaan Kelantan tidak akan menarik balik pengharaman pawagam di negeri itu memandangkan tiada permintaan di kalangan rakyatnya, kata timbalan menteri besar, Mohd Amar Abdullah.

Dalam temu bual dengan saluran youtube FengRenGuan, Mohd Amar berkata rakyat Kelantan mempunyai pilihan lain untuk menonton filem dan kerajaan negeri tidak menghalang mereka berbuat demikian.

“Orang Kelantan sendiri tidak bising pasal pawagam sebab mereka boleh tengok dekat Netflix. Netflix boleh tengok semua. Jadi kenapa kena bayar duit pergi pawagam.

“You duduk rumah sambil makan kuaci pun boleh tengok,” katanya.

Kelantan mengharamkan pawagam dan kedai nombor ekor sejak PAS berkuasa di Kelantan pada 1990. Pada masa itu, kerajaan negeri diterajui Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kerajaan Kelantan beberapa kali menegaskan tidak akan mengkaji semula larangan itu walaupun negeri-negeri yang dikuasai PAS seperti Kedah dan Terengganu tidak berbuat demikian.

Baru-baru ini, larangan pawagam itu menimbulkan kontroversi sekali lagi selepas Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menonton filem Mat Kilau di sebuah pawagam di Lembah Klang.

1 FADHLI SHAARI MP PASIR MAS DEPUTY YOUTH CHIEF PAS FMT 05102021 e1656588520737

Ahmad Fadhli pada 2016 menentang pembukaan pawagam di Kelantan kerana berpendapat ia akan membawa kepada masalah sosial, mendorong netizen mendakwanya melakukan dwistandard.

Sementara itu, Mohd Amar berkata pendirian kerajaan negeri berbeza dengan negeri lain dan justeru itu mengekalkan pengharaman pawagam di Kelantan.

Dia juga menolak pendapat bahawa keputusan itu mempunyai kaitan dengan perniagaan.

“Bukan soal business. Tak ramai minat buka pawagam. Sejak dunia jadi terbuka, digital dan sebagainya, pawagam banyak yang tutup.

“Kalau kami tak buat dasar pun, di KL banyak pawagam sudah tutup, Coliseum, Federal. Semua tutup. GSC itu banyak yang tutup.

“Maknanya kalau kami tak buat dasar pun, tak boleh, sebab semua dah masuk dalam rumah.

“Bagi saya, ini bukan satu isu besar. Kami tak halang orang nak berhibur, cuma dalam konteks Kelantan kita rasa tidak sesuai. Itu saja,” ujarnya.

Baca lagi: 

Neflix bakal gulung tikar? 150 orang pekerja dibuang

Mat Kilau tidak kalah pada British dan pihak British juga gagal untuk membunuh beliau

Wajah sebenar Mat Kilau setelah muncul kembali pada tahun 1969

CATEGORIES