Rakaman tentera laut terjumpa kapal karam yang berisi penuh dengan emas, hasilnya amat mengejutkan

Rakaman tentera laut terjumpa kapal karam yang berisi penuh dengan emas, hasilnya amat mengejutkan

Rakaman tentera laut terjumpa kapal karam yang berisi penuh dengan emas, hasilnya amat mengejutkan.

Dua lagi bangkai kapal ditemukan di luar pantai Cartagena, Colombia yang dipercayai karam lebih 300 tahun lalu.

Ia dipercayai mempunyai emas bernilai AS17 bilion kira-kira RM 74 bilion, lapor Newsweek. Pihak berkuasa Colombia juga mengeluarkan rakaman baharu serpihan kapal berkenaan.

Memetik laporan MaritimeExecutive, emas tersebut ditemui oleh tentera laut Colombia menggunakan kenderaan kawalan jauh yang dihantar jauh ke dasar laut. Menerusi rakaman, imej berwarna biru dan hijau menunjukkan syiling emas, tembikar dan cawan porselin bertaburan di dasar laut.

Rakaman tentera laut terjumpa kapal karam yang berisi penuh dengan emas, hasilnya amat mengejutkan

Difahamkan, kapal tersebut merupakan sebuah kapal perang Sepanyol yang dipercayai telah k.aram sekitar tahun 1708. Pada 28 Mei 1708, galleon Tentera Laut Sepanyol San Jose, San Joaquin dan Santa Cruz berlayar dari Portobelo ke Cartagena, diiringi oleh 14 kapal dagang. San Jose membawa anggaran tujuh juta peso emas.

Pada 8 Jun, mereka telah diserang oleh empat kapal perang Tentera Laut Diraja dan membuatkan kapal yang membawa emas itu turut meletup dan karam ke dasar laut.

Santa Cruz telah dita.ngkap dan San Joaquin melarikan diri ke tempat selamat di pelabuhan Cartagena.

Presiden Ivan Duque berkongsi perkembangan mengenai penemuan imej baharu dan b.angkai kapal berkenaan menerusi satu pengumuman yang disiarkan, Isnin lalu.

Rakaman itu diambil dalam empat misi pemerhatian dilakukan tentera laut Colombia, menggunakan kenderaan kawalan jauh yang dihantar jauh ke dasar laut.

Imej itu memberi gambaran tentang harta k.arun kapal itu yang dianggap bernilai berbilion dolar. Duque berkata, kerajaan berhasrat membangunkan mekanisme pembiayaan mampan untuk meneroka b.angkai kapal berkenaan.

Katanya, Colombia berhasrat mencari kira-kira 12 lagi b.angkai kapal bersejarah dengan teknologi sama.

Sebelum ini, seorang penyelamat peribadi mend.akwa telah menemui bangkai kapal San Jose pada 1981, tetapi Colombia menafikan d.akwaan tersebut. K.es tersebut telah dibawa ke m.ahkamah dan pada tahun 2015, Tentera Laut Colombia mend.akwa menjumpai dan mengesahkan lokasi kapal itu semula.

Namun baru-baru ini, pihak berkuasa Colombia mengeluarkan rakaman baharu serpihan kapal berkenaan dan memberitahu sehingga emas dan artifak lain dapat dipulihkan dan ditempatkan di muzium.

Baca Lagi:

Lubuk emas di Malaysia, penduduk kampung ada yang dapat sampai 7KG emas

Rakyat India makin ganas hina Nabi, sebar karikatur menghina

Baru seminggu ayah meninggal, ada satu rombongan datang rumah hantar sesuatu dari ayah

 

CATEGORIES