Rakaman lelaki terbang kena tiup angin ketika ‘tai chi’ taufan

Photo of author

By Joe

Rakaman lelaki terbang kena tiup angin ketika ‘tai chi’ taufan. Seorang lelaki di Hainan telah menarik perhatian pengguna media sosial apabila dia melakukan senaman taici untuk ‘menghalau’ dan berdepan dengan Taufan Yagi, lapor saluran berita Must Share News semalam.

Taufan Yagi yang melanda wilayah tersebut dikategorikan sebagai kategori 5 dan berlaku sekitar pukul 4.20 petang (waktu tempatan) pada 6 September lalu.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di platform media sosial, warga emas yang tidak berbaju itu dilihat cuba menentang kelajuan angin sambil mempamerkan gerakan taici.

Rakaman lelaki terbang kena tiup angin ketika 'tai chi' taufan

Klip rakaman seterusnya menunjukkan dia berpaut pada sebatang pokok yang senget ketika ‘ditolak’ oleh angin kencang.
Meskipun mempamerkan seni mempertahankan diri tersebut, dia akhirnya terjatuh dan diterbangkan oleh angin.
Lelaki itu kemudian cuba bangun tetapi gagal, menyebabkan kepalanya terhantuk di atas jalan dan terbaring tidak sedarkan diri.

Tidak dinyatakan keadaannya selepas itu, namun rakaman tersebut menjadi tular dengan rata-rata netizen kagum melihat keberaniannya melawan unsur alam semula jadi.

“Anda perlu berlatih lagi, pengamal taici sebenar boleh berdiri teguh walaupun menentang tsunami tahap 36,” kata seorang netizen secara berseloroh.

Baca Lagi:
200 ekor badak air milik Pablo Escobar dihukum mati
Tular rakaman sekumpulan individu nyanyi lagu puja Abuya
Lelaki mati selepas ceroboh bangunan sekolah, kepala tersepit di pintu kayu