Rakaman dashcam Myvi ‘terbang’ raih perhatian ramai

Rakaman dashcam Myvi ‘terbang’ raih perhatian ramai

Rakaman dashcam Myvi ‘terbang’ raih perhatian ramai. Pada hari semalam tular satu klip video sebuah Perodua Myvi ‘terbang’ selepas pemandunya gagal mengawal kenderaan di selekoh jalan.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka mengesahkan video tular yang memaparkan sebuah kenderaan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik dalam kejadian kemalangan di Kilometer 37 Jalan Kimanis-Keningau pada Sabtu.

Menurut laporan Sinar Harian, kenderaan tersebut dalam perjalanan dari Keningau menuju ke Kota Kinabalu.

Rakaman dashcam Myvi 'terbang' raih perhatian ramai

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pemandu kenderaan jenis Perodua Myvi yang berusia 17 tahun bersama penumpang selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian semasa menuruni bukit, tiba-tiba brek kereta tidak berfungsi sehingga menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terlanggar tebing bukit dan terbalik.

“Pemandu dan penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Papar,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

Tambah beliau lagi, semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati terutama ketika melalui jalan berbukit di Jalan Kimanis-Keningau.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa memeriksa keadaan brek dan menyelenggara kenderaan sekiranya mahu melalui kawasan tersebut.

“Ini disebabkan bentuk muka bumi yang curam dan kawasan itu memang lokasi yang kerap berlakunya kemalangan,” ujarnya.

Baca Lagi:
Wanita teriak dalam lif minta tolong, lif asyik terbuka di tingkat 9 yang usang
Senarai artis yang keluar Islam kerana cinta
Lain macam Fathia Latiff muat naik video berkembang, ramai netizen perasan sesuatu..
CATEGORIES