Rakaman dashcam mat motor berlumba langgar kereta, kepala kena gilis member sendiri

Rakaman dashcam mat motor berlumba langgar kereta, kepala kena gilis member sendiri

Rakaman dashcam mat motor berlumba langgar kereta, kepala kena gilis member sendiri. Tular satu rakaman video dashcam kemalangan membabitkan ‘mat motor’ sedang berlumba di lebuh raya. Rakaman bertarikh 9 Oktober 2022 itu menunjukkan seorang lelaki gagal mengawal motosikal lalu merempuh belakang sebuah kereta.

Kemudian dia terjatuh terhentak di atas jalan raya, sebelum datang sebuah lagi motosikal dari belakang dengan laju nyaris menggilis kepala mangsa yang sudah terbaring tidak sedarkan diri.

Selang beberapa saat kemudian, kelihatan sebuah motosikal terbabas masuk ke dalam longkang dipercayai juga disebabkan hilang kawalan selepas ada sebuah bas masuk sedikit ke dalam lorong kecemasan untuk mengelak mangsa yang berada di atas jalan raya.

Rakaman dashcam mat motor berlumba langgar kereta, kepala kena gilis member sendiri

Setakat artikel ini ditulis, tiada info lanjut dikongsikan di manakah insiden mengerikan itu berlaku.

Orang ramai mengucapkan takziah kepada mangsa dan berharap agar rakaman video itu menjadi iktibar kepada anak-anak muda lain supaya tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti menunggang motosikal secara berbahaya di jalan raya.

Baca Lagi:
Ini sebab kenapa PM bubar parlimen
[VIDEO] Pertengkaran sepasang kekasih punca sekumpulan lelaki bergaduh di pasar malam
Anak berebut mainan, ibu bapa pula yang bertumbuk, kita yang tengok video pun rasa malu
CATEGORIES