Rakam video Siti Nurhaliza keluarkan duit dari ATM, wanita ini dikecam netizen

d46b4dcb 1328 4003 b1cd 362900d92870

Rakam video Siti Nurhaliza keluarkan duit dari ATM, wanita ini dikecam netizen.

Seorang pengguna TikTok dikecam netizen selepas berkongsi video ketika penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang mengambil wang di mesin ATM.

Menerusi video tersebut, individu yang menggunakan nama akaun @yanaothman merakam momen tersebut sambil memanggil nama Siti Aafiyah yang ketika itu turut menemani ibunya.

“Terserempak dengan Tokti kat ATM be like… Aafiyah, Aafiyah malu-malu la Aafiyah ni” ujar individu dalam video berkenaan.

Rakam video Siti Nurhaliza keluarkan duit dari ATM, wanita ini dikecam netizen

Bagaimanapun, apa yang dikongsi wanita itu menerima teguran netizen yang menganggap tidak wajar dan menganggu privasi penyanyi berkenaan.

Lebih-lebih lagi rakaman tersebut dilakukan tanpa izin dan ketika penyanyi itu sedang menjalankan urusan peribadi di ATM.

Malah tindakan wanita itu juga membuat Siti Aafiyah menjadi takut dan memegang kaki Siti Nurhaliza.

Rakam video Siti Nurhaliza keluarkan duit dari ATM, wanita ini dikecam netizen

Bagi menjernihkan keadaan, wanita berkenaan menyahaktifkan fungsi ruangan komen dan turut memohon maaf.

Dia juga memberitahu bahawa rakaman tersebut adalah video kakaknya yang terlalu teruja apabila terserempak dengan penyanyi kesayangan ramai itu.

“Saya terpaksa disable comment posting kakak saya terjumpa Tok Ti (Siti Nurhaliza).

“Terlalu banyak komen negatif. Ini hanya momen kakak saya yang sekian lama hendak jumpa Tok Ti.

“Tak sangka pula ramai cakap ganggu privasi. Maaf jika video ini mengganggu anda,” ujarnya.

Baca Lagi:

5 perkara yang harus pupus dalam telefon pintar anda pada tahun ini

Akhirnya terdedah wajah suami Wardina Safiyya selepas 20 tahun kahwin

Kecoh bau busuk dalam kondominium akhirnya terjawab, ini yang terjadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *