Rakam video bayi menangis kemudian ‘Carut’, tindakan petugas ini buat netizen berang

Rakam video bayi menangis kemudian ‘Carut’, tindakan petugas ini buat netizen berang

Rakam video bayi menangis kemudian ‘Carut’, tindakan petugas ini buat netzen berang.

Tindakan seorang individu dipercayai jururawat memuat naik sebuah video dengan menggunakan suara latar yang mengandungi bahasa ‘carut’ mengundang perasaan kurang senang orang ramai.

Video berdurasi 10 saat itu memaparkan seorang bayi yang dipercayai sedang menangis di dalam inkubator di sebuah wad namun lokasi kejadian tidak diketahui.

Suara latar video terbabit dipercayai diambil di aplikasi TikTok yang berbunyi ‘Ini kalau hari-hari, letihlah si*l, ini apa benda h*n*t’.

Video berkenaan telah ditonton lebih 194,000 kali dan mendapat lebih 2,525 ulang ciap di Twitter.

Pengguna media sosial juga turut meninggalkan komen menasihatkan agar individu yang memuat naik video berkenaan supaya lebih sensitif termasuk menjaga aib keluarga bayi terbabit.

“Paling benci kandungan macam ini, Kalau rasa kerja itu tak ikhlas terutamanya bila anda bekerja dalam sektor ini, baik tak payah. Lepas itu muat naik pula content macam ini, tak kelakar pun,” kata @anis

“Ibu bapa nak ambil gambar anak untuk tatapan peribadi pun tak boleh, tiba-tiba nurse ini muat naik kat media sosial, Semua polisi boleh eh? etika dalam pekerjaan?.” kata @apam

“Harap orang yang merakam video itu diambil tindakan tatatertib, masa anak masuk NICU tak bagi langsung ambil gambar dan kita faham. Yang ini boleh sesuka hati rakam anak orang dan post di TikTok,” jelas @zurin.

Baca Lagi:

Anak kena lempang semasa perhimpunan sekolah, ibu menangis sedih tiada tindakan susulan

Isu kesesakan jalanraya, pakar cadangkan lupuskan kenderaan yang berusia 10 tahun dan ke atas

Kanak-kanak perempuan nyaris diculik lelaki berjubah putih semasa pulang mengaji

CATEGORIES