Rahsia ‘ustaz dunia’ akhirnya terbongkar, hidup mewah hasil duit derma

Rahsia ‘ustaz dunia’ akhirnya terbongkar, hidup mewah hasil duit derma

Rahsia ‘ustaz dunia’ akhirnya terbongkar, hidup mewah hasil duit derma. Da’ie Pendakwah Nusantara musim kelima, Da’ie Muhammad Luqman Roslan tampil menjelaskan wujud dua kelompok agamawan bergelar ustaz iaitu ustaz akhirat dan ustaz dunia.

“Ustaz dunia ini, dia guna agama sebagai alat untuk dapat kemewahan diri, untuk dapat status dalam masyarakat.

“Ada yang memegang jawatan Pengerusi masjid dan surau dan menjadikan tempat ibadah itu seperti hak mutlak mereka, menggunakan pengaruh melantik dan memecat imaM dan jawatankuasa sesuka hati termasuk menggunakan duit masjid bagi kepentingan peribadi dan keluarga.

Rahsia ‘ustaz dunia’ akhirnya terbongkar, hidup mewah hasil duit derma

“Sikap zuhud dalam diri telah tiada, tidak semestinya berpakaian koyak, miskin, bukan macam itu tetapi berpada-padalah pada harta dunia.
“Ada ustaz dunia yang saya kenal, ada tiga kereta mewah hasil kutipan yuran anak-anak di tahfiz, zakat dan derma orang ramai.
“Beza dengan ustaz akhirat, dia tawaduk, ada ilmu tasawuf, bukan niat hendak bermewah, dan bukan guna agama untuk kemewahan diri,” katanya kepada Media Variasi.

Dalam pada itu, Daie Muhammad berkata, sekarang isu yang berlegar di media sosial, mahupun sekeliling yang menggunakan gelaran, ajaran, ataupun apa sahaja yang berkaitan agama untuk kepentingan diri sendiri.

“Anak murid hanya makan nasi dan kicap, tetapi guru dan kakitangan semua makan lebih baik daripada anak murid, ada juga yang lebih mewah daripada orang lain.

Dalam usaha Kerajaan Perpaduan untuk menjadikan negara ini dipelihara oleh Allah SWT pastikan pelantikan mana-mana individu yang bergelar ustaz ini wajib diperhalusi latar belakang dan keikhlasan mereka terhadap membawa agama kepada masyarakat kerana Ustaz Dunia sudah pasti tidak akan membawa apa-apa impak kepada orang awam melainkan hanya membawa keuntungan diri sendiri sahaja.

“Ia sedang berlaku ketika ini, dan saya harap perkongsian saya ini dapat mengingatkan sesama kita agar jangan melampaui batas kerana perbuatan inilah yang merosakkan nama Islam,” katanya.

Baca Lagi:
Lelaki ini berjaya buat M Nasir cakap banyak ketika ‘interviewer’
Bos pelik pekerja dapat MC 5 hari, sekali ini yang jadi…
Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 hingga RM30,000 secara ‘One-Off’ sebelum Aidilfitri
CATEGORIES