Rafizi naik angin dengan wartawan apabila di tanya mengenai Invoke, status ‘jutawan’

Rafizi naik angin dengan wartawan apabila di tanya mengenai Invoke, status ‘jutawan’

Rafizi naik angin dengan wartawan apabila di tanya mengenai Invoke, status ‘jutawan’. Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli ‘naik angin’ terhadap wartawan yang mengajukan soalan berkenaan pengisytiharan asetnya baru-baru ini.

Pada sidang media hari ini, calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding di Parlimen Pandan itu membidas wartawan sebuah portal yang menimbulkan persoalan mengenai syarikat berkait PKR, Invoke, ketika beliau sekali lagi diasak beberapa soalan mengenai butiran pengisytiharan asetnya yang menunjukkan lonjakan mencecah RM17 juta.

Malah, Rafizi mendakwa kebanyakan mereka yang hadir di sidang media itu tidak akan memahami peranan saham dalam sesebuah syarikat.

Susulan itu, Rafizi membidas portal tersebut sebagai jurucakap kepada pengkritiknya, termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Rafizi naik angin dengan wartawan apabila di tanya mengenai Invoke, status 'jutawan'

“Oh patutlah, ini (media) lidah rasmi Azmin Ali. Maaf saya tidak akan layan (soalan ini). Tidak mengapa, apa sahaja yang perlu saya sampaikan saya akan letak di blog (saya) dan platform lain, anda boleh Google dan ambil dari sana,” katanya.

Sebelum ini, Rafizi pernah mengakui beliau adalah seorang jutawan pada usia 30 tahun, namun berang apabila ditanya mengapa pada 2017 beliau merayu derma daripada orang ramai dalam usaha mempertahankan dirinya terhadap saman fitnah National Feedlot Corporation (NFC).

Dalam sidang media itu, Rafizi berulang kali meremehkan soalan wartawan yang disifatkan tidak mahir dalam bidang kewangan.

“Sebab tu saya cakap balik dan cuba fahami kewangan sebab saya baru terangkan tadi tentang modal saham. Anda tak faham ke? Saya dah jawab soalan ketiga anda. Dapat tangkap?

“Apa sahaja wang tunai yang saya ada, telah dimasukkan ke dalam syarikat untuk membiayai pilihan raya umum dalam bentuk modal saham,” katanya.

Rafizi menjadi tumpuan ramai berikutan pengisytiharan asetnya di mana beliau menyenaraikan RM16.7 juta saham dalam Invoke sebagai sebahagian daripada sejumlah RM19.67 juta aset yang dimilikinya.

Rafizi yang membuat sidang media mengenai isu salah guna kuasa dalam pemberian kontrak RM2 bilion oleh kerajaan hari ini turut menuduh sebuah portal sebagai “lidah rasmi Latiff Ahmad” susulan pemimpin dari Bersatu itu lantang mengkritiknya berhubung nilai aset yang dimilikinya.

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad bersama bekas ahli Parlimen PKR Datuk Rashid Hasnon membangkitkan persoalan terhadap tindakan Rafizi yang menyenaraikan saham bernilai RM16.7 juta sebagai aset peribadi, mengingatkan beliau tiada seorang pun dalam kalangan kakitangan di Invoke diberi agihan saham walaupun lima tahun dahulu pernah berjanji untuk memberikan ganjaran kepada mereka.

Rafizi menegaskan beliau tidak mahu membuang masa menjawab kenyataan Abdul Latiff yang tidak berhenti membangkitkan isu saham dalam Invoke.

“Kalau dia terus buat begini sebenarnya dia nampak lagi bodoh,” katanya.

“Anda tidak boleh ambil balik (modal) itu. Anda mulakan syarikat, anda letak duit. Saya masukkan modal beberapa kali dalam tempoh beberapa tahun, pada masa, saya fikir tahun 2017, saya telah meletakkan sekitar RM1 juta. Ini menjadi modal saham.

“Untung atau rugi adalah hasil daripada aktiviti operasi syarikat. Kedua-dua perkara ini berbeza,” jelasnya.

Baca Lagi:
Bas bawa 60 penuntut Universiti terbalik di Tajung Malim
Cara matikan PayDirect Touch ‘n Go agar baki eWallet tidak ditolak di plaza tol
Gaji aku sebulan RM1200, bila hari terakhir aku kerja bos bagi aku RM127 je, sakali ini yang jadi
CATEGORIES