Radio Era dapat call ‘wanita misteri’, dia punya ending seram lain macam

Radio Era dapat call ‘wanita misteri’, dia punya ending seram lain macam

Radio Era dapat call ‘wanita misteri’, dia punya ending seram lain macam. PENYAMPAI radio Fazziq Muqris menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya panggilan wanita misteri yang diterima semasa dia mengendalikan segmen Carta 40 Era pada malam Jumaat lalu merupakan lakonan dan gimik semata-mata.

Mengulas mengenai dakwaan netizen itu, Fazziq atau Muhammad Fazziq Muqris, 23, berkata dia tidak pernah merancang untuk mendapat publisiti murahan dengan melakukan teknik pemasaran sedemikian.

“Kalau bercakap pasal kerja, saya ada cara sendiri untuk buat marketing. Saya akan kerja keras, buat live naikkan followers. Saya sayang semua followers saya.
“Saya langsung tak pernah terniat nak rancang suruh kawan telefon dan arahkan mereka untuk buat macam-macam.
“Kalau ada yang rasa perkara ini adalah marketing, korang memang silap. Tapi kalau pemanggil tu yang memang nak prank, korang memang jahatlah,” katanya ketika dihubungi mStar.

Radio Era dapat call 'wanita misteri', dia punya ending seram lain macam

Berkongsi momen menyeramkan itu, Fazziq memberitahu setiap minggu dia akan membuat siaran langsung di aplikasi TikTok dan membuka topik perbincangan bersama pendengar.

Namun pada malam itu dia menerima sebuah panggilan menggunakan nombor privasi menyatakan hasrat ingin meluahkan perasaan terbuku lama.

“Saya buka ruang topik perbincangan pengalaman di sekolah. Tapi tiba-tiba ada satu nombor privasi ni masuk line.

“Kami pun borak macam biasa. Kemudian, content producer saya cakap okay rakamlah sebab dia nak luahkan perasaan ni.

“Daripada cerita seronok sampailah saya rasa lain bila dia minta tolong hantarkan beg kepada ibunya,” ujarnya.

@watiyie #jatuhgaung1992 #jatuhgaung #panggilanmisteri #nidajatuhgaung #begmak #fyphoror #fypmisteri #fazziqmuqris #fazziq #misteri #terkini2023 #trending #viralgempak #viralseram ♬ bunyi asal – DEA

Fazziq bagaimanapun mula berasa tidak sedap hati apabila pemanggil tersebut meminta dia untuk menghantar beg tersebut kepada ibunya.

Panggilan bertukar seram apabila wanita itu akhirnya menggilai dan memutuskan panggilan.

“Saya pun terus rasa pelik sebab kenapa tiba-tiba saya tak kenal dia pun tapi dia nak suruh saya hantar.

“Memang benda ni kami tak rancang langsung. Masa dia nangis saya dah mula meremang. Saya tanya dia dekat mana.

“Bila dia cakap saya dekat luar, kereta dah terbakar. Lepas tu waktu dia menggilai tu kami satu konti terdiam dan terus putuskan panggilan,” katanya.

Situasi seram itu turut ditonton oleh peminat yang menyaksikannya secara langsung di aplikasi TikTok miliknya

Baca Lagi:
Malaysia bakal dilanda penyakit ‘barah’ dari laut
Pernah saingi Coca-cola tahun 1970, lelaki terkaya Asia mahu perkenal kembali Campa Cola
12 tahun kahwin, tiba-tiba suami mahu cerai sebab nak kahwin dengan adik bongsu aku
CATEGORIES