Puteri Balqis kongsi video bersama ‘BF’ di TikTok, terpaksa tutup komen selepas diserang netizen

Puteri Balqis kongsi video bersama ‘BF’ di TikTok, terpaksa tutup komen selepas diserang netizen

Puteri Balqis kongsi video bersama ‘BF’ di TikTok, terpaksa tutup komen selepas diserang netizen. Pelakon cilik berbakat, Puteri Balqis baru-baru ini ada memuat naik sebuah video di laman TikTok yang ternyata telah mencuri perhatian netizen di media sosial.

Dalam perkongsian itu, Balqis dilihat telah berkongsi beberapa keping foto bersama seorang lelaki bernama Bryan Herbet dengan kapsyen berbaur romantis.

Cinta awak masih kuat walaupun sudah 7 tahun, Bryan Herbet.

Puteri Balqis kongsi video bersama 'BF' di TikTok, terpaksa tutup komen selepas diserang netizen

Malah, ada juga foto yang memaparkan Balqis dan Bryan ketika mereka masih kanak-kanak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil bertanda tanya tentang hubungan Balqis dan lelaki itu yang kelihatan sungguh mesra bersama.

Malah, ada yang mendakwa Bryan adalah kekasih Puteri Balqis dan mendoakan agar pelakon itu mengecapi kebahagiaan sepanjang proses meningkat remaja.

Namun, Puteri Balqis menutup ruangan komen hantaran video tersebut tidak lama kemudian.

Baca Lagi:
Nama adik beradik Alif Satar yang unik, 1 Malaysia terkejut bila dapat tahu maksud sebenar
Myvi penghantar barang ‘dibom’, ini punca sebenar
Penjawat awam kutuk Kerajaan Perpaduan, rasa loya nak tulis ‘Malaysia Madani’ di hujung surat rasmi
CATEGORIES