Punca dari pegawai imigresen, wanita nekad tanggal baju, berbogel dalam lapangan terbang. Jiwa yang memberontak boleh membuat seseorang bertindak di luar kawalan.
Itulah yang berlaku kepada seorang wanita yang nekad melucutkan pakaian di Lapangan Terbang Ninoy Aquino, Filipina sebagai tanda protes setelah didenda.
Pada insiden itu pada bulan Mei, wanita itu, seorang warganegara Vietnam berusia 34 tahun yang dikenali sebagai Thuytrang Nguyen, telah didenda oleh pegawai imigresen kerana melampaui tempoh masa yang dibenarkan semasa melancong di Filipina.
Tidak dapat menahan rasa tidak puas hatinya, Nguyen masuk ke dalam tandas awam dan keluar semula tanpa seurat benang di tubuhnya.
Kemudian, dia berjalan menuju ke kaunter imigresen untuk menarik perhatian.
Kakitangan lapangan terbang yang terkejut dengan tindakannya segera mendekatinya untuk menenangkannya, termasuk menawarkan makanan dan minuman.
Manuel Sequitin, seorang anggota keselamatan di lapangan terbang, mengatakan bahawa Nguyen tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa Tagalog atau Inggeris.
“Dia hanya fasih dalam bahasa Vietnam, jadi kami menggunakan aplikasi Google Translate untuk berinteraksi dengannya,” kata Sequitin.
Nguyen akhirnya dibenarkan pulang ke Hanoi, Vietnam pada 9 Mei setelah membayar denda yang dikenakan kepadanya.