Pulau untuk dijual percuma 15 hantu

Photo of author

By Joe

Pulau untuk dijual percuma 15 hantu. Sebuah pulau yang kaya dengan sejarah ketenteraan yang terletak di luar pantai Devon, England, telah diiklankan untuk dijual dengan harga yang belum ditetapkan, lapor saluran berita Sky News kelmarin.

Dinamakan Pulau Drake, hartanah seluas 2.4 hektar ini lengkap dengan pantai persendirian, kubu pertahanan, dan kelulusan untuk membina hotel mewah.

Pulau Drake pernah digunakan sebagai kubu pertahanan selama beratus-ratus tahun, malah meriam-meriam dari abad ke-18 masih lagi berada dalam kedudukan yang sempurna.

Pulau untuk dijual percuma 15 hantu

“Ia mempunyai sejarah lebih 2,000 tahun. Bangunan pertama yang direkodkan adalah pada tahun 1135,” kata pemilik semasa Pulau Drake dan ahli perniagaan tempatan, Morgan Phillips.

Tambah Phillips, mana-mana pemilik baharu mungkin tidak akan ‘bersendirian’ kerana terdapat 15 hantu tentera yang ‘mendiami’ pulau tersebut.

“Hantu-hantu ini adalah tentera British. Mereka berada di sini untuk melindungi kita. Itulah yang mereka lakukan semasa masih hidup dan masih terus melakukannya hingga ke hari ini,” ujarnya.

Harga jualan tidak ditetapkan, namun kos pengubahsuaian Pulau Drake dianggarkan sekitar £25 juta (RM141.9 juta).

Baca Lagi:
“Pelanggan wanita buat perangai aneh”- Peniaga minta akak ‘CA’ pulangkan balik mangkuk sos selepas mahu pinjam sehari
Sarawak kini jadi negeri paling kaya dalam Malaysia, jumpa lubuk emas bernilai RM1.25 trilion
“Perniagaan ayah tak menjadi dan bankrup, duit selalu tak cukup, akhirnya mak buka cerita sebenar ayah aku seorang merbahaya!”