Pulau terapung ‘gergasi’ ditolak guna bot setiap tahun

Pulau terapung ‘gergasi’ ditolak guna bot setiap tahun

Pulau terapung ‘gergasi’ ditolak guna bot setiap tahun. Sebuah pulau terapung gergasi terletak di Tasik Chippewa di Wisconsin dilaporkan amat unik ekoran kadang kala bergerak sekitar sehingga menghalang jambatan yang penting.

Malah, pulau terapung yang menghalang jambatan itu dikatakan perlu dialihkan dengan menggunakan bot hampir setiap tahun.

Lapor Oddity Central, Tasik Chippewa atau dikenali sebagai Chippewa Flowage terbentuk pada tahun 1923 dengan membanjiri sebuah paya yang besar.

Pulau terapung 'gergasi' ditolak guna bot setiap tahun

“Seiring masa berlalu, tumbuhan dan pokok mula tumbuh serta akarnya menyebabkan kawasan berlumpur terapung itu membesar,” jelas laporan.

Hampir setiap tahun, puluhan pemilik bot berganding bahu `menolak’ pulau terapung itu dari jambatan yang menghubungkan bahagian Timur dan Barat di tasik berkenaan.

“Ia memerlukan kerjasama bersepadu dalam kalangan penduduk untuk melakukan kerja itu.
“Malah, bot yang digunakan perlu menghasilkan tekanan angin mencukupi bagi membolehkan pulau terapung itu dialihkan,” kata seorang penduduk kepada Northern News Now.

Berdasarkan laman sesawang Chippewa Flowage, pulau terapung itu terbentuk apabila tanah lumpur timbul dari paya di bahagian bawah.

“Tetapi seiring masa berlalu, tumbuhan dan pokok mula tumbuh di sekitar di kawasan itu, malah apabila angin bertiup kencang ia membantu menggerakkan pulau terapung itu di sekitar tasik,” jelas laman sesawang itu.

Dilaporkan, pulau terapung yang berusia beberapa dekad itu tidak bergerak sepanjang masa.

Namun, sekiranya situasi itu berlaku, maka ia menyukarkan penduduk tempatan kerana pulau terapung itu menghalang jambatan penting yang kebetulan merupakan satu-satunya laluan antara bahagian Timur dan Barat di tasik itu.

“Satu-satunya cara untuk mengalihkan pulau terapung itu adalah dengan menggunakan bot.

“Sebuah bot besar sahaja tidak mencukupi namun puluhan diperlukan dengan tekanan angin yang bersesuaian.

“Tahun lalu, sebanyak 25 buah bot untuk mengalihkan pulau terapung itu dari jambatan,” jelas laporan itu.

Baca Lagi:
Petugas kesihatan wanita seronok rakam video dalam ambulans, siap buat aksi tak senonoh depan pesakit terbaring
Dulu pernah ditolak bekerja sebab bertudung, sekarang wanita ini buktikan mampu buka restoran sendiri di Korea
Filem Anwar ‘The Untold Story’ trending no.1 di Neflix berjaya kalahkan filem seram The Pope’s Exorcist
CATEGORIES