‘Pulau Anjing’ – Ahli parlimen cadang ambil satu pulau di Langkawi untuk pelihara anjing liar

Photo of author

By Joe

‘Pulau Anjing’ – Ahli parlimen cadang ambil satu pulau di Langkawi untuk pelihara anjing liar. Baru-baru ini, Ahli Parlimen Langkawi, Mohd Suhaimi Abdullah mencadangkan untuk mewujudkan ‘Pulau Anjing’ di salah satu daripada 99 pulau di kawasannya.

Memetik MalaysiaKini, tujuan penubuhan pulau khusus itu adalah untuk menangani isu anjing liar yang menyerang serta menggigit penduduk dan pelancong.

“Kita ambil satu pulau dan kita jadikan tempat untuk memelihara atau menjaga anjing-anjing liar ini dan dengan begitu sistematik supaya anjing-anjing ini dapat dijaga dengan sempurna,” katanya.

'Pulau Anjing' - Ahli parlimen cadang ambil satu pulau di Langkawi untuk pelihara anjing liar

Tambahnya lagi, pulau itu juga boleh menjadi tarikan pelancong yang datang ke Langkawi.

Bagi kebajikan haiwan tersebut, ahli Parlimen itu mencadangkan agar kemudahan veterinar disediakan bersama.

Cadangan tersebut dikemukakan susulan kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang parah selepas digigit anjing liar di Kampung Dedek, Langkawi pada 1 Mac lalu.

Memetik laporan itu lagi, beliau telah melawat kanak-kanak tersebut yang kini dalam keadaan stabil.

Baca Lagi:
Datang tarawih dapat duit RM80, beratus jemaah serbu masjid sejak 5 petang
“Kadang tak menjadi sebab ‘senjata’ tak hidup” – Isteri kecewa dapat tahu suami bernafsu songsang
Lelaki Poland rindu roti canai Malaysia