Pukul isteri dengan topi keledar, lelaki cerita hal sebenar

Pukul isteri dengan topi keledar, lelaki cerita hal sebenar

Pukul isteri dengan topi keledar, lelaki cerita hal sebenar. Lelaki yang tular memukul wanita di hadapan sebuah kedai makan pada Khamis lalu, akhirnya ditangkap di sebuah rumah di RKT Kesedar Paloh 2, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, suspek berusia 35 tahun ditahan jam 2.30 petang semalam.

Katanya, suspek yang berkerja sendiri mengaku memukul wanita terbabit yang juga isterinya kerana berlaku perselisihan faham.

Pukul isteri dengan topi keledar, lelaki cerita hal sebenar

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek tidak menjumpai apa-apa barang salah, namun ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis methaphetamine.

“Siasatan mendapati wanita berusia 35 tahun itu adalah isteri kepada suspek.

“Suspek mendakwa berlaku perselisihan faham kerana tidak membenarkan isterinya bekerja dan menyuruh mangsa menjaga ibunya yang sedang sakit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas topi keledar berwarna merah yang digunakan untuk memukul wanita berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323/18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 1 Februari ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Semalam media melaporkan polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan video tular seorang lelaki memukul wanita yang dipercayai berlaku di Paloh 2, di sini dan sedang menyiasat kejadian yang berlaku.

Rata-rata netizen mengecam perbuatan lelaki terbabit kerana ‘naik tangan’ malah turut mengecam individu yang merakam kejadian itu kerana tidak menolong wanita berkenaan.

Baca Lagi:
‘Siapa bagi kebenaran jual rumah ni?’, bekas isteri DDNK bersuara penjualan rumah bernilai RM9.5 juta
Apartment top 10 paling berhantu di Port Dickson, wanita cerita diganggu semasa bercuti
7 sebab lelaki Melayu suka gadis Cina, Korea atau Jepun berbanding wanita Melayu
CATEGORIES