PRU15: ‘Saya tidak restu anak tanding melainkan atas tiket PAS’

PRU15: ‘Saya tidak restu anak tanding melainkan atas tiket PAS’

PRU15: ‘Saya tidak restu anak tanding melainkan atas tiket PAS’. Isteri kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memaklumkan tidak merestui anak-anaknya bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecuali aats tiket PAS.

Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak berkata arwah dan beliau telah mendidik anak-anak agar kekal istigamah dengan perjuangan Islam bersama PAS.

“Saya tidak pernah merestui mana-mana anak saya bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecuali di atas tiket PAS.
“Al-Marhum tuan guru dan saya telah mendidik anak-anak kami semenjak dari kecil lagi agar kekal istiqamah dengan perjuangan Islam bersama parti PAS,” katanya menerusi kenyataan yang dikongsi Facebook PAS.
PRU15: 'Saya tidak restu anak tanding melainkan atas tiket PAS'

Sebelum ini anak anak kedua bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar diletakkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Pasir Salak.

Nik Omar sebelum ini pernah bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Kelantan namun tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di kerusi yang pernah disandang arwah bapanya.

Pada PRU-15 ini, kerusi Parlimen Pasir Salak menyaksikan pertembungan empat penjuru. Selain Khairul Azwan Harun daripada Barisan Nasional (BN) dan Nik Omar, kerusi itu juga ditandingi calon Perikatan Nasional (PN), Jamaludin Yahya dan calon Gerakan Tanah Air (GTA), Zairol Hizam Zakaria.

Baca Lagi:
Anwar Ibrahim tuntut ganti rugi RM10 juta dari Ketua PAS Kedah Sanusi
Hanya pakai coli, acara tarian yang dianjurkan oleh Perikatan Nasional
Rupanya ini sebab kenapa ramai orang bunuh kucing
CATEGORIES