Produk Khairul Aming tak ada sijil halal? Ini penjelasannya

Photo of author

By Joe

Produk Khairul Aming tak ada sijil halal? Ini penjelasannya. Siapa tak kenal dengan influencer dari Kelantan, Khairul Aming yang popular dengan pelbagai resepi masakan.

Influencer ini juga bergelar usahawan berjaya apabila menjual jutaan botol Sambal Nyet dan kini tampil dengan produk makanan terbaru iaitu Dendeng Nyet Berapi.

Terbaru, usahawan ini menjawab persoalan seorang netizen mengenai sijil halal yang belum diperolehi kilangnya.

Produk Khairul Aming tak ada sijil halal? Ini penjelasannya

Difahamkan, individu terbabit menunggu dari tahun 2022 namun sehingga kini kilang Khairul Aming belum dipersijilkan halal oleh JAKIM.

Jelas Khairul Aming, kilangnya kini sedang melalui proses demi proses. Langkah yang pertama adalah mendapatkan sijil MeSTI untuk memastikan kilang bersih dan diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Nak mendapatkan sijil MeSTI pun memakan masa dua tahun kerana kilang Khairul Aming bermula dari ‘kosong’. Kilangnya baru sahaja mendapat sijil tersebut pada 31 Januari 2024 iaitu dua hari sebelum Dendeng Nyet dilancarkan.

Produk Khairul Aming tak ada sijil halal? Ini penjelasannya

Selepas ini, Khairul Aming akan melalui proses seterusnya untuk mendapatkan pensijilan halal pula. Bila sudah berjaya mendapat sijil halal JAKIM, Khairul Aming bercadang eksport produk ke luar negara.

Produk Khairul Aming tak ada sijil halal? Ini penjelasannya

Alhamdulilah, akhirnya terjawab persoalan orang ramai mengenai status halal kilang Rasapop milik Khairul Aming.

Usahawan ini pun semestinya sudah merancang dengan baik untuk masa depan perniagaan yang diusahakan. Semoga terus maju jaya!

Baca Lagi:
Bocor kepala! Lelaki tetak jiran dengan parang selepas mimpi isteri jadi mangsa ilmu hitam
Berang dapat ‘ang pows’ RM5, gengster Sarawak serang Ahli Parlimen Julau
“Dunia ini ladang ujian”- Saya jaga suami hilang ingatan selepas kemalangan, lepas suami sihat, dia suruh saya cari lelaki lain