PRN Johor: PN kalah teruk, Muhyiddin umum sedia letak jawatan

PRN Johor: PN kalah teruk, Muhyiddin umum sedia letak jawatan

PRN Johor: PN kalah teruk, Muhyiddin umum sedia letak jawatan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia mengambil tanggungjawab atas kekalahan gabungan parti itu di Johor termasuk melepaskan jawatannya itu.

Muhyiddin berkata, beliau menyerahkan kedudukannya sebagai ketua gabungan itu kepada ahli parti untuk membuat keputusan.

“Saya bersedia bila-bila masa jika ada ahli parti buat keputusan mengenai kedudukan saya…saya terima…tiada apa-apa.

“Kita amalkan sistem demokrasi dalam parti,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PN di Senai, di sini.PRN Johor

Daripada 56 kerusi yang ditandingi PN, gabungan parti itu hanya menang di tiga kerusi iaitu di Bukit Kepong, Endau dan Maharani.

Baca lagi: 

[VIDEO] Laungan ‘Bubar Parlimen’ iring kemenangan BN

PRN Johor : Maszlee tewas di DUN Layang-Layang

CATEGORIES