PRN Johor: Logo KEADILAN untuk KEADILAN, logo PH untuk DAP, Amanah

PRN Johor: Logo KEADILAN untuk KEADILAN, logo PH untuk DAP, Amanah

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) petang ini telah memutuskan isu mengenai penggunaan logo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadualkan akan diadakan pada bulan hadapan.

Menurut Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara konsensus dipersetujui bahawa KEADILAN akan menggunakan logo parti berkenaan dalam PRN tersebut. Sementara pembahagian kerusi juga telah diselesaikan dalam mesyuarat selama hampir 3 jam itu

“Keputusan kerusi PH selesai, kita bertanding semua 56 kerusi oleh ketiga tiga parti PH tetapi kita masih buka ruang untuk bincang dengan parti pembangkanag lain termasuk Muda.

“Logo kita putuskan persetujuan bersama untuk gunakan PH dan untuk KEADILAN logo KEADILAN.

“(Maknanya) PH untuk DAP dan Amanah manakala KEADILAN guna logo KEADILAN,” katanya selepas selesai mesyuarat di Ibu Pejabat KEADILAN, di Petaling Jaya.

Mengenai pertanyaan wartawan parti pembangkang lain yang akan ikut serta sebagai sekutu PH dalam PRN, menurut Anwar, keputusan muktamad belum dibuat namun katanya pintu rundingan masih dibuka kepada semua parti pembangkang.

“Sedang bincang, kita bincang dengan lain parti, semuanya. Kita buka ruang. Kita dari segi pembangkang mahu bersatu mengalahkan (BN),” katanya.

CATEGORIES
TAGS