PRN Johor: 85 calon hilang deposit

PRN Johor: 85 calon hilang deposit

PRN Johor: 85 calon hilang deposit. Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyaksikan cubaan 85 calon menjadi wakil rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya itu pulang dengan “tangan kosong” selepas kehilangan deposit.

Ini termasuk calon tiga parti baharu yang membuat langkah sulung iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang mempertaruhkan 42 calon, Parti Bangsa Malaysia (PBM) (empat calon) dan Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (Putra) (seorang calon). Parti Warisan yang melebarkan sayapnya di Semenanjung dengan meletakkan enam calon selain Parti Sosialis Malaysia yang bertanding satu kerusi turut menerima nasib sama.

PRN Johor: 85 calon hilang deposit

Selain itu, tujuh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Medan, Semarang, Tenggeroh, Pasir Raja, Johor Lama, Tanjung Surat dan Benut turut kehilangan deposit setelah gagal memperoleh satu per lapan atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira. Manakala masing-masing empat calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding di Yong Peng, Layang-Layang, Mengkibol dan Paloh dan Pakatan Harapan (PH) di Endau, Panti, Sedeli dan Penawar turut menerima nasib sama.

Bagi kesemua 16 calon Bebas yang bertanding di 12 DUN, hanya Zahari Osman yang berhadapan pertandingan empat penjuru di DUN Penggaram memperoleh undi tertinggi berbanding calon Bebas lain iaitu sebanyak 2,190 undi.

Baca lagi: 

PRN Johor: PN kalah teruk, Muhyiddin umum sedia letak jawatan

[VIDEO] Laungan ‘Bubar Parlimen’ iring kemenangan BN

PRN Johor : Maszlee tewas di DUN Layang-Layang

CATEGORIES