PRN: AMANAH mahu lawan UMNO di DUN Kota

Photo of author

By Joe

PRN: AMANAH mahu lawan UMNO di DUN Kota. Selepas gagal mendapat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Sembilan mahu meletakkan calon bagi bertanding di kerusi DUN Kota, pada Pilihan Raya Negeri (PRN), bulan depan.

Ini bagi memastikan parti itu kekal bertanding di tiga kerusi DUN di Negeri Sembilan.

Naib Ketua Pemuda Amanah Negeri Sembilan, Ahmad Shukri Kamaruddin, berkata pihaknya mengambil maklum mengenai pengumuman calon kerusi DUN Lenggeng oleh Barisan Nasional (BN) dalam PRN kali ini.

PRN: AMANAH mahu lawan UMNO di DUN Kota

Katanya, itu suatu perkara sukar untuk diterima oleh ahli parti dan atas desakan ahli, Pemuda AMANAH Negeri Sembilan akan menghantar calon bagi bertanding di kerusi DUN Kota dalam Parlimen Rembau.

“Ia bagi menggantikan kerusi DUN Lenggeng yang ingin ditandingi oleh UMNO dan BN. bagi memastikan AMANAH ini terus kekal relevan khususnya di Negeri Sembilan.
“Pemuda AMANAH Negeri Sembilan menegaskan bahawa parti ini bukanlah sebuah parti yang mudah diperkotak-katikkan oleh lawan mahupun kawan. Perbincangan akhir bersama pimpinan di peringkat nasional bakal dimuktamadkan berkait hasrat Pemuda Amanah Negeri Sembilan ini,” katanya hari ini.

BN semalam mengumumkan senarai 108 calon parti itu untuk bertanding di kerusi-kerusi DUN di enam buah negeri yang akan melaksanakan PRN pada bulan hadapan.

Ia termasuk 17 orang calon yang akan bertanding mewakili parti itu di Negeri Sembilan termasuk DUN Kota dan juga DUN Lenggeng yang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dimenangi calon dari AMANAH yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH).

Dua lagi kerusi dimenangi parti itu DUN Paroi dan juga Klawang.

Sementara itu, Ahmad Shukri berkata, rekod baik Pemuda AMANAH Negeri Sembilan ketika menggalas tanggungjawab sebagai Penyelaras DUN Kota menjadi taruhan terbaik dalam misi merebut kawasan DUN berkenaan.

“Persetujuan awal di peringkat PH bagi memastikan AMANAH bertanding untuk tiga kerusi DUN dalam PRN Negeri Sembilan.

“Sama ada UMNO/BN mahu menarik diri di DUN Lenggeng bagi memberi laluan kepada AMANAH ataupun di kerusi DUN Kota, itu terpulang kepada mereka.

“Kami akan tetap dengan pendirian ini untuk mempertahan sekurang-kurangnya tiga kerusi AMANAH perlu bertanding di Negeri Sembilan dalam gabungan Kerajaan Perpaduan kali ini,” katanya.

Baca Lagi:
Lelaki zaman sekarang dah tak laku?, ini punca utama kenapa ramai wanita kahwin lambat
Uqasha Senrose didakwa berkemban dan berpelukan dengan pelakon, Amirul Affendi. Biar betul?
Disangka asnaf kerana pakai jubah lusuh, rupanya lelaki ini mahu bayar zakat RM1 juta