Presiden The World Bank keluar amaran krisis makanan bakal berlaku

9e9635b3 cf0d 4640 8d44 40b516590bad

Presiden The World Bank keluar amaran krisis makanan bakal berlaku.

‘Umpama lagu Edwin Starr pernah berkata, War! What is it good for?’

Memasuki satu purnama selepas kerajaan Moscow pimpinan Vladimir Putin bertindak menyerang Ukraine, pelbagai impak serta isu yang timbul sehingga memberi kesan kepada ekonomi dunia.

Terbaharu, Presiden The World Bank, David Malpass, membayangkan bakal berlakunya ‘malapetaka’ baru iaitu krisis makanan yang akan muncul disebabkan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

www.worldbank.org content dam photos 780x439 2020 mar 3 DM WBG
Presiden The World Bank, David Malpass

Ketika ditemu bual pada mesyuarat antara IMF dan World Bank, Malpass mengatakan bahawa terdapat kemungkinan harga makanan akan naik sehingga menyebabkan jutaan orang jatuh miskin dan mendorong kepada kekurangan nutrisi, tetapi tiada apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan bagi menyelesaikannya.

World Bank melaporkan bahawa terdapat ‘kemungkinan besar’ harga makanan akan melonjak 37%, seterusnya menyukarkan lagi keadaan kepada negara miskin untuk berbelanja bagi makanan dan barang keperluan lain seperti persekolahan.

Terang Malpass, harga barangan makanan seperti minyak, bijirin dan tanaman termasuk jagung akan menerima kesan kenaikan harga yang tinggi, dan walaupun terdapat bekalan makanan yang mencukupi di seluruh dunia, namun ia perlu dikongsi atau jualan bagi pengagihan makanan ke tempat yang diperlukan.

Selain itu, beliau juga tidak menggalakkan negara-negara daripada memberi subsidi pengeluaran atau mengehadkan harga, tetapi sebaliknya fokus perlu diberikan kepada peningkatan bekalan merentasi dunia serta bantuan bersasar untuk golongan miskin.

Dalam pada itu, Malpass turut memberi amaran mengenai ‘krisis dalam krisis’ yang timbul daripada ketidakupayaan negara membangun untuk membayar hutang semasa pandemik yang besar.

Menurutnya, 60% negara-negara miskin kini menghadapi masalah hutang atau berisiko tinggi mengalami masalah hutang, dan penggabungan dengan kenaikan kadar faedah dan lonjakan harga akan menambah lebih banyak tekanan.

Baca Lagi:

Dulu hanya jual aiskrim naik basikal dan tidak pandai BI, kini bergelar Tan Sri

Ini cara semak baki kredit Touch ‘n Go (TNG) pada Mykad anda dengan mudah

Seks luar tabii dengan kucing di taman permainan, warga emas di tahan

Leave a Reply

Your email address will not be published.