Presiden PAS pecat ahli tanding bebas

Photo of author

By Joe

Presiden PAS pecat ahli tanding bebas. Pas mengingatkan ahli parti itu yang bertanding sebagai calon Bebas boleh dikenakan tindakan tegas termasuk dipecat daripada parti.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ia kerana tindakan berkenaan dianggap melanggar disiplin parti.

“Semua nama (calon) dihantar ke pusat, calon-calon diuruskan oleh dewan ulamak dan kita fikirkan calon mana kita hendak pilih.

Presiden PAS pecat ahli tanding bebas

Hadir sama, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Abdul Hadi berkata demikian ketika mengulas kenyataan Dewan Pemuda Pas Tasek Gelugor yang mendesak Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau supaya berundur dan tidak bertanding di kerusi majoriti Melayu di Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang 12 Ogos ini.

Terdahulu, Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Kawasan Tasek Gelugor, Mohamad Ikhwan Afiq Mohamad Anwar dilaporkan berkata, pihaknya akan menggerakkan seluruh jentera untuk berarak secara besar-besaran sebagai calon bebas sekiranya Dominic masih berkeras untuk menjadi calon di kawasan majoriti Melayu.

Jelasnya, gerakan jentera itu juga akan dilakukan bagi DUN Permatang Berangan sekiranya calon daripada Bersatu dipertaruhkan untuk kerusi tersebut.

Baca Lagi:
Dihalau pihak bank sebab pakai baju koyak, lelaki tak puas hati kembali semula sampai pihak bank panggil dia ‘tuan’
Penyelam terkejut temui ikan dayung gergasi yang memegang rekod ikan bertulang terpanjang di dunia
Mesin basuh tak berputar tapi air masuk, rupanya kena tukar benda ini je..