Potong gaji jika bekerja dari rumah – MEF

Potong gaji jika bekerja dari rumah – MEF

Potong gaji jika bekerja dari rumah – MEF

Pekerja memilih untuk bekerja dari rumah (BDR) wajar diberikan gaji lebih kecil, termasuk memotong elaun perjalanan, kata Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

Pengarah Eksekutifnya, Shamsuddin Bardan, mendakwa ada pekerja yang bersetuju dengan langkah berkenaan susulan bekerja dari rumah sudah menjimatkan kos pergi dan balik dari tempat kerja.

Potong gaji jika bekerja dari rumah - MEF

Shamsuddin Bardan

“Sebenarnya ada berbagai-bagai pendapat mengenai sama ada wajar BDR itu dibayar lebih kecil, tetapi banyak syarikat kata kalau ada pengurangan, ia tidak harus banyak iaitu antara 10 hingga 12%.

“Ini dilakukan sebab faktor tertentu di mana kalau kita lihat ada sesetengah syarikat memberikan elaun pergi dan balik bekerja.

“Maknanya, elaun perjalanan tidak harus diteruskan jika pekerja bekerja dari rumah. Ada pekerja memilih gaji kurang apabila dibanding dengan ulang alik tempat kerja dimana kos boleh dikurangkan, itu antara faktor diambil jika mereka boleh turunkan gaji pekerja dari rumah,” katanya menurut laporan Awani.

Bagaimanapun, beliau mengakui ada pihak melihat gaji pekerja BDR tidak wajar dikurangkan kerana mereka bekerja seperti biasa seperti yang berada di pejabat.

“Namun, pada akhirnya, perkara itu bergantung kepada pilihan pekerja itu sendiri sama ada untuk menerima potongan elaun tertentu dan bekerja dari rumah atau memutuskan untuk mengeluarkan kos perjalanan dan bekerja di tempat kerja,” katanya.

Mengikut tinjauan MEF, tidak ramai majikan yang mahu meneruskan amalan BDR atau secara hibrid.

“Ini bermakna, apabila kita memasuki fasa peralihan ke endemik ini, kebanyakan majikan memilih untuk beroperasi dari tempat kerja. Namun, jika pekerja bekerja dari rumah tidak bermakna mereka boleh menurunkan produktiviti mereka dan seharus sebaliknya,” katanya.

Baca Lagi:

Ayob Khan sahkan pegawai polis wanita buat ‘live’ TikTok daripada narkotik

Presiden The World Bank keluar amaran krisis makanan bakal berlaku

Kerajaan umum tol percuma bermula sabtu ini

CATEGORIES
TAGS