Politik Islam PAS hanya untuk mencari kemewahan dunia atas nama agama – Naib Presiden Umno

bendera Pas e1646871621715

Presiden PAS berhujah bahawa “kurang kesedaran politik Islam di Johor adalah punca PAS tidak mampu menawan hati penduduk negeri itu“.

Yang di tolak oleh rakyat Johor ialah kejumudan PAS dan bukan politik Islam.

Yang tidak di sukai oleh bangsa Johor ialah PAS yang menunggang agama bukan Islam yang syhumul.

Politik Islam pada rakyat Johor ialah Johor yang Islami. Islam sebagai pemacu kemajuan dan Islam yang mengajak orang Johor berlumba-lumba melakukan amal soleh.

Bukan politik Islam dengan masjid imam dua imam, fatwa kafir mengkafir and segala kejatuhan talak jika tidak menyokong PAS.

Yang pasti Johor bukan negeri paling ramai orang miskin di Malaysia seperti Kelantan.

Yang nyata pembangunan Johor dipacu pelaburan asing, perdagangan, ekonomi rentas sempadan dan pelbagai nilai yang progresif.

Bukan negeri tanpa bekalan air bersih, rakyat berhijrah keluar kerana tiada pekerjaan dan Kerajaan diurus dengan wang ehsan.

Dan bila dapat sahaja wang ehsan, keutamaan politik Islam PAS ialah “Mercedes” untuk Exco.

Orang Melayu akan terus mundur jika politik Islam PAS jadi pilihan. Kerana mereka bukan menghidup-hidupi Islam, tetapi mencari kehidupan, kemewahan dan jawatan dengan Islam.

MOHAMED KHALED NORDIN

Naib Presiden UMNO.

Leave a Reply

Your email address will not be published.