Polis tangkap ‘hantu’ wanita kacau pengguna jalan raya di Johor

Photo of author

By Joe

Polis tangkap ‘hantu’ wanita kacau pengguna jalan raya di Johor. Orang ramai kini tidak perlu bimbang lagi mengenai kemunculan ‘hantu’ yang menyergah kawasan Jalan Austin Heights Utama, Johor Bahru kerana individu tersebut telah ditahan polis.

Seorang wanita yang dipercayai mengalami masalah kesihatan mental telah menyamar sebagai ‘hantu’ dengan tujuan menakut-nakutkan pengguna jalan raya dan kemudian menendang mana-mana kenderaan yang lalu.

Gelandangan berusia 31 tahun itu telah diburu polis sejak tularnya video pada 27 Julai lalu dan akhirnya ditahan pada jam 10.51 malam tadi di lokasi berkenaan.

Polis tangkap 'hantu' wanita kacau pengguna jalan raya di Johor

Perkembangan ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, menurut laporan Harian Metro.

Sebaik ‘dilanggar’, wanita itu akan memeras ugut pemandu kenderaan dengan meminta wang sebagai ganti rugi kerana melanggarnya.

“Pada jam 12.30 tengah hari, 27 Julai lalu, polis menerima satu video tular di media sosial yang memaparkan kejadian seorang individu yang menyerupai hantu yang menyergah kenderaan awam di tepi jalan.

“Kami kemudiannya membuat rondaan untuk mengesan dan menahannya, namun beberapa kali gagal kerana individu tersebut melarikan diri.

“Anggota polis yang bertugas memaklumkan bahawa wanita itu akan mengilai semasa kejadian, namun akhirnya semalam kami berjaya menahan wanita berkenaan yang dipercayai mengalami masalah mental,” katanya.

Menurut pihak polis, suspek mempunyai satu rekod jenayah di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan telah didenda RM1,000 pada 27 Jun 2018.

Ujian saringan awal air kencing pula mendapati suspek negatif dadah. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan Peruntukan 23 Peraturan-peraturan Lalu Lintas Jalan 1959.

Baca Lagi:
“Disuruh minum air janggut, air gigi, air rambut dan air kaki sekali untuk ambil berkat”- Dr Maza
Wanita kena halau keluar dari kapal terbang kerana bawa beg berjenama mewah
“Ni real bukan edit”- Pekerja kapal terkejut lihat fenomena belalai air di tengah laut