Polis serbu tokong, semua sami kena angkut positif dadah

Polis serbu tokong, semua sami kena angkut positif dadah

Polis serbu tokong, semua sami kena angkut positif dadah. Sebuah tokong Buddha di tengah Thailand kosong selepas kesemua sami yang berada di rumah ibadat itu ditahan kerana gagal dalam ujian dadah.

Seramai empat sami termasuk ketua tokong di wilayah Phetchabun disahkan positif methamphetamine dalam ujian tersebut.

Polis melakukan serbuan di tokong berkenaan selepas mendapat aduan mengenai penyalahgunaan dadah di rumah ibadat tersebut.

Polis serbu tokong, semua sami kena angkut positif dadah

Sehubungan itu, kesemuanya ditahan dan dibawa ke kelinik bagi menjalani pemulihan dadah.

“Tokong itu kini kosong dan banyak penduduk kampung bimbang kerana mereka tidak berpeluang menunaikan nazar tanpa kehadiran sami,” kata jurucakap pihak berkuasa, Boonlert Thintapthai.

Thailand merupakan antara negara transit paling aktif dalam penyeludupan methamphetamine dari Myanmar.

Dalam pasaran di negara ini, sebiji pil dadah itu dijual pada harga kurang 20 baht (RM2.50).

Baca Lagi:
Bekas pemain bolasepak negara, Hashim Mustapha meninggal dunia
Rumah mewah milik bekas menteri atas bukit di Shah Alam bakal dijual pada harga RM17 juta
Tular pasangan ini hidup bahagia bersama walaupun beza umur 32 tahun
CATEGORIES