Polis luar negara jadikan Proton Waja sebagai kenderaan rasmi jadi tanda tanya ramai

Photo of author

By Joe

Polis luar negara jadikan Proton Waja sebagai kenderaan rasmi jadi tanda tanya ramai. Jenama kereta negara, Proton, bukan sahaja dikenali di Malaysia, malah mendapat sambutan baik di luar negara.

Baru-baru ini, tular sebuah video klip yang menunjukkan sebuah Proton Waja dijadikan kenderaan rasmi polis di luar negara.

Menerusi video yang dimuat naik TikTok @historyoftopgear, Proton Waja itu dilengkapi livery polis tempatan dan strobe light.

Polis luar negara jadikan Proton Waja sebagai kenderaan rasmi jadi tanda tanya ramai

Ramai warganet terkejut dan pada masa yang sama berasa bangga apabila melihat orang asing turut memilih kereta Proton sebagai kenderaan rasmi pihak berkuasa mereka.

Hasil carian mendapati video tersebut dimuat naik semula daripada YouTube Jon Coupland Cars, seorang pemburu dan pengumpul pelbagai model kereta Proton lama.

Difahamkan, Proton Impian (nama Proton Waja di UK) itu digunakan oleh pihak berkuasa Polis Humberside yang bertanggungjawab untuk mengawasi kawasan East Riding of Yorkshire, termasuk Kingston upon Hull, serta bahagian utara Lincolnshire, termasuk Grimsby dan Scunthorpe.
@historyoftopgear Proton Impian Incident Response. . . #HistoryOfTopGear #TheGrandTour #JeremyClarkson #Clarkson #RichardHammond #Richard #Hammond #JamesMay #TheStig #TopGear #BBC #TopGearUK #luxurycars #f1 #ford #rozzers #police #honda #jdm #Bmw #Pagani #Lamborghini #Ferrari #nurburgring #montecarlo #GrandPrix #rally #superbike #thegrandtour ♬ bunyi asal – History Of Top Gear

Polis luar negara jadikan Proton Waja sebagai kenderaan rasmi jadi tanda tanya ramai

Polis luar negara jadikan Proton Waja sebagai kenderaan rasmi jadi tanda tanya ramai

Kereta tersebut berfungsi sebagai Kenderaan Tindak Balas Insiden (Incident Response Vehicles/IRV), di mana ia akan bergegas ke lokasi kejadian untuk menjadikan tempat itu lebih selamat dan menyediakan perkhidmatan pemulihan kepada rangkaian, kenderaan, dan orang yang terjejas.

Menurut Jon, video tersebut adalah video lama yang dikongsikan semula selepas beliau tidak sengaja menjumpai rakaman itu.

Salah satu kereta Proton Saga milik Jon pernah menjuarai pertandingan antarabangsa.

Baca Lagi:
700 pekerja untung besar, jutawan wariskan syarikat sebelum meninggal dunia
Lelaki guna ChatGBT menyamar jadi arwah ibu buat ramai netizen sebak
Ini kesannya jika terlalu setia dengan bantal busuk