Polis kena tembak dengan pistol air

Polis kena tembak dengan pistol air

Polis kena tembak dengan pistol air. Dua lelaki Hong Kong ditangkap kerana berkelakuan tidak senonoh selepas mereka menembak pistol air ke arah anggota polis semasa acara Songkran yang merupakan tahun baharu Thailand di Kowloon City, lapor Perbadanan Penyiaran British semalam.

Kedua-dua mereka berusia dalam lingkungan 20-an menggunakan festival itu sebagai helah untuk menyasarkan pihak penguat kuasa undang-undang, kata polis.

Acara itu diadakan di Kowloon City, daerah di mana ramai orang Thailand tinggal.

Polis kena tembak dengan pistol air

Secara tradisinya semasa Songkran, air disimbah menggunakan baldi dan pistol air untuk menghalau nasib malang.

Hong Kong telah menyaksikan penghakisan kebebasan sejak China melaksanakan undang-undang keselamatan pada 2020 yang menurut pengkritik, direka untuk meredakan perbezaan pendapat dan melemahkan autonomi Hong Kong.

Salah seorang daripada dua lelaki itu mengendalikan saluran YouTube, lapor South China Morning Post dengan memetik sumber polis.

Sebuah video yang dimuat naik pada 10 April lalu menunjukkan seorang lelaki berpakaian merah menembak pistol air ke arah dua anggota polis dan wartawan TVB yang dianggap ramai sebagai propemerintah.

Baca Lagi:
Trak Mack milik keluarga sultan Johor kemalangan
Nahas Pesawat: Ku Li didakwa sudah naik pesawat tapi diajak turun naik pesawat lain
Teruja dapat jumpa PM Anwar, Ifa Raziah hulur tangan nak salam ditolak
CATEGORIES