Polis ‘garu kepala’ lihat trak kecil angkut barang tinggi lebih 4 meter. Polis di Hanoi baru-baru ini telah terkejut dan mengenakan denda kepada seorang pemandu trak kecil kerana mengangkut barang yang disusun membentuk bukit setinggi lebih daripada 4 meter, lapor portal berita Tuoi Tre News semalam.
Kejadian trak itu dirakam membawa banyak barang yang disusun tinggi berlaku di Nguyen Trai, Hanoi, kira-kira jam 11.30 malam pada 25 Jun yang lalu, kata polis.
Selepas siasatan, polis trafik mengenal pasti pemandu sebagai N.N.T. dari daerah Ung Hoa, Hanoi.
Semasa di balai polis, N.N.T. mengaku bahawa dia mengangkut barang yang disusun setinggi 4.2 meter. Dia juga mengaku telah melanggar lampu isyarat merah di persimpangan Quang Trung-Ngo Thi Nham.
Polis mengeluarkan saman kepada N.N.T. kerana membawa barang melebihi had ketinggian muatan yang dibenarkan serta mengabaikan peraturan lalu lintas.