Polis dedah punca sebenar kejadian remaja 13 tahun tikam pemandu e-hailing

Polis dedah punca sebenar kejadian remaja 13 tahun tikam pemandu e-hailing

Polis dedah punca sebenar kejadian remaja 13 tahun tikam pemandu e-hailing. Tular di media sosial semalam rakaman video menunjukkan seorang remaja lelaki membuat cubaan menikam dada kiri pemandu e-hailing.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mendedahkan punca remaja berusia 13 tahun itu bertindak di luar kawalan.

Berdasarkan laporan yang dibuat pemandu, dia menerima pesanan mengambil penumpang itu di Lorong Taman Keladi Sungai Petani pada jam 5.43 petang.

Polis dedah punca sebenar kejadian remaja 13 tahun tikam pemandu e-hailing

Ketika dalam perjalanan ke Bandar Sri Astana, remaja itu mahu meminjam wang sebanyak RM50 untuk membayar sewa rumah.

Pemandu itu menolak dan mahu menurunkan remaja itu kalau tak ada duit nak bayar. Remaja itu enggan turun dan meminta pemandu terus ke rumahnya di Bandar Sri Astana.
Sampai di rumah berkenaan, remaja terbabit meminta membawanya semula ke Taman Keladi dan menerima bayaran RM18. Remaja berkenaan turut melengahkannya kerana membawanya ke beberapa lorong kecil.
Seperti video tular, pemandu mahu menurunkan penumpang setelah tiba di lokasi dan meminta bayaran tambahan RM9. Remaja itu kemudian memberikan wang RM20.

Sewaktu nak memulangkan baki, remaja itu bertindak agresif dengan mengeluarkan pisau dan mahu merampas wang dari poket pemandu.

Nasib baiklah pemandu warga emas itu bertindak pantas dengan merampas pisau dan menggigit tangan sebelum remaja itu melarikan diri.

Laporan polis dibuat pemandu e-hailing pada jam 8 malam dan suspek remaja itu berjaya ditahan polis pada pukul 10 malam.

Kejadian dipercayai berpunca suspek marahkan pemandu terbabit kerana dimaki dan cuba ambil semula wang bayaran tambang menyebabkan dia bertindak demikian.

Hasil siasatan mendapati suspek adalah anak sulung daripada empat beradik dan bukan dalam kalangan keluarga bermasalah.

Polis turut merampas sebilah pisau berhulu hitam berukuran 25 sentimeter (cm) yang ditinggalkan remaja lelaki tersebut di tempat kejadian.

Baca Lagi:
Pusing semenanjung Malaysia selama 12 hari dengan keluarga, lelaki ini dedah bajet berapa habis buat ramai tak percaya
Cara mendiang Ratu Elizabeth II makan pisang berbeza dengan orang lain
Keadaan terkini Pak Lah buat ramai tersentuh
CATEGORIES