Polis dedah kegiatan sedut duit melalui selepas ‘download’ fail APK

Polis dedah kegiatan sedut duit melalui selepas ‘download’ fail APK

Polis dedah kegiatan sedut duit melalui selepas ‘download’ fail APK. Taktik sekumpulan tujuh lelaki yang menggunakan platform jual beli barang untuk memperdayakan orang ramai memuat turun Android Package Kit (APK) sebelum bertindak “menyedut” duit mangsa terbongkar selepas ditahan dalam serbuan di dua unit premis di Jalan Tun Razak, di sini, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata kesemua suspek terdiri daripada tiga warga tempatan dan empat warga asing, masing-masing berusia lingkungan 20 hingga 27 tahun ditahan oleh sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

“Fail APK yang dimuat turun itu membolehkan sindiket menggunakan kad debit mangsa kerana mangsa telah memasukkan maklumat perbankan mereka ketika proses memuat turun fail dijalankan.
“Akibatnya, kad debit mangsa akan digunakan melalui aplikasi pembayaran elektronik tanpa mangsa sedari dan siasatan awal mendapati sindiket ini telah beroperasi selama tiga bulan di sekitar Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis dedah kegiatan sedut duit melalui selepas 'download' fail APK

Dalam serbuan itu, katanya polis turut merampas 28 buah telefon bimbit dan lima unit komputer yang dipercayai digunakan dalam menjalankan kegiatan sindiket penipuan berkenaan.

Beliau berkata kesemua ahli sindiket yang berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan dengan ditawarkan gaji RM4,000 itu kini ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.

Sehubungan itu beliau turut menasihati orang supaya jangan mudah terpedaya tawaran daripada mana-mana pihak yang tidak dikenali selain sentiasa berwaspada dan membuat semakan terlebih dahulu sebelum memuat turun sebarang fail daripada sumber yang tidak sah.

Orang ramai juga diminta melaporkan kepada National Scam Response Center di talian 997 jika mempunyai sebarang maklumat berkenaan sindiket penipuan.

Baca Lagi:
5 golongan yang dibenarkan tidak berpuasa pada bulan Ramadhan, siapakah golongan ini?
“Balik kerja lambat lepas tu terjumpa benda ngeri”, orang ramai mula kongsi pengalaman pernah terserempak entiti sama
Emoji monyet tutup mata dalam WhatsApp rupanya bukan reaksi malu, tapi ini maksud sebenarnya ramai tak tahu
CATEGORIES