Polis cari pemandu Toyota Wish ‘ghaib’ selepas kejar mengejar dalam perumahan Felda Waha

Polis cari pemandu Toyota Wish ‘ghaib’ selepas kejar mengejar dalam perumahan Felda Waha

Polis cari pemandu Toyota Wish ‘ghaib’ selepas kejar mengejar dalam perumahan Felda Waha. Polis sedang mengesan pemandu Toyota Wish yang gagal memberhentikan kenderaan setelah diarahkan berbuat demikian sehingga terpaksa dikejar di Felda Simpang Waha, di sini kelmarin.

Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata kejadian 1 tengah hari ketika pasukan Penguat Kuasa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasan Trafik daerah Kota Tinggi sedang menjalankan tugasan rondaan di Jalan Lok Heng – Mawai di sini.

Ketika rondaan, polis terlihat sebuah MPV jenis Toyota Wish berwarna putih dengan nombor pendaftaran JEX31 dalam keadaan mencurigakan.

Polis cari pemandu Toyota Wish 'ghaib' selepas kejar mengejar dalam perumahan Felda Waha

“Polis telah mengarahkan kenderaan itu berhenti untuk pemeriksaan beberapa kali, namun pemandu enggan mematuhi dan terus memecut laju, hingga ke Simpang Waha sebelum hilang selepas masuk ke kebun kelapa sawit Felda itu.
“Hasil siasatan awal mengesyaki pemandu itu ialah lelaki warga tempatan berusia 27 tahun iaitu adik lelaki kepada pemilik kenderaan berdaftar terbabit.
“Usaha mengesan suspek masih dijalankan, pemilik kenderaan berdaftar juga dibawa ke IPD Kota Tinggi bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi bilik gerakan IPD di talian 07-8837222 bagi membantu siasatan kes.

Video tular 50 saat memaparkan kenderaan polis sedang mengejar sebuah MPV putih.

Video yang disunting dengan lagu Faizal Tahir bertajuk Santai itu memaparkan beberapa sudut pergerakan aksi dua kereta terbabit yang melalui jalan sekitar Felda Simpang Waha, mendapat perhatian netizen.

Baca Lagi:
Bank Negara keluarkan duit kertas RM60 dan RM600 pula
“Terdengar orang bertukang pukul 3 pagi”, individu ini kongsi cerita diganggu ‘makhluk halus’ di rumah sewa Kuantan
Lelaki terkilan tak tahu nak tidur mana, tempah hotel OYO di Traveloka, bila sampai hotel kunci tiada penghuni
CATEGORIES