Polis buru lelaki tetak empat sekeluarga ketika waktu berbuka puasa

C325A7CD 210E 447C BD5C 694B4F73CCF3

Polis buru lelaki tetak empat sekeluarga ketika waktu berbuka puasa.

Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki menetak empat ahli keluarganya menggunakan parang ketika waktu berbuka puasa di sebuah rumah di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili,Kota Tinggi di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata lelaki itu adalah Mohd Adi Hashim, 38, yang bekerja di sebuah ladang nanas dan beralamat terakhir di No. 1003, Blok 12, Felda Air Tawar 3, di sini.

Beliau berkata kejadian pada 7.11 malam itu menyebabkan isterinya yang berusia 30-an, ibu mentua berusia 50-an, adik ipar perempuan berusia 30-an serta adik ipar lelaki berusia 16 tahun cedera parah.

B5F370BD 42A9 49C9 966C 41671A77C675 e1650111697513

“Hasil siasatan mendapati, secara tiba-tiba, lelaki itu dipercayai mengamuk dan menetak kesemua mangsa yang berada di dalam rumah menggunakan parang. Ketika kejadian, dua anak lelaki itu masing-masing berusia lima tahun dan dua bulan berada bersama isterinya, namun kedua-duanya tidak cedera.

“Keempat-empat mangsa dirawat di Hospital Kota Tinggi dan berada dalam keadaan stabil. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

4BE99BDE 0871 4ECD 9FD2 4FD396601636

Hussin berkata Pusat Kawalan Daerah Kota Tinggi menerima maklumat awam berhubung kejadian itu melalui panggilan Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 pada 8.22 malam, hari sama.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nurul Syafiqah Khalid di talian 019-5121 568 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi 07-8831 222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Baca lagi:

Demi kelangsungan hidup, lelaki bawa dua anak berjalan ratusan kilometer untuk mencari kerja

Merayu diberi makanan, polis dedah identiti pelancong asing pegang kadbod sebenarnya bukan calang-calang

Pengemis fasih berbahasa inggris meminta makanan, tindakan wanita ini buat ramai tersentap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *