Polis benarkan banduan peluk anak di penjara tular

Polis benarkan banduan peluk anak di penjara tular

Polis benarkan banduan peluk anak di penjara tular. Video menunjukkan anggota polis dari daerah Muaro di Jambi bertindak membuka pintu penjara demi menunaikan hasrat seorang banduan yang ingin memeluk anak perempuannya tular di media sosial baru-baru ini.

Lapor Kompas.com, anggota polis bernama Bripka Handoko berkata, ketika itu si anak datang bersama abangnya menghantar makanan kepada bapanya untuk berbuka puasa.

Bripka yang bertugas di Balai Polis Maro Sebo mengakui sebak dan tersentuh hati melihat kanak-kanak perempuan berkenaan hanya mampu dipeluk bapanya dari balik jeriji besi selepas menyerahkan makanan tersebut.

Polis benarkan banduan peluk anak di penjara tular

Dia kemudian membuka pintu sel tersebut secara spontan kerana tidak sanggup melihat situasi itu.

“Sebaik saya membuka pintu, anak banduan itu terus berlari dan segera memeluk bapanya. Saya sempat membenarkan dua beranak itu melepaskan rindu, bermain dan bergurau sebentar sebelum kembali menutup pagar.
“Saya sudah beritahu pihak atasan bahawa jika saya salah saya bersedia menerima akibatnya,” katanya.

Menurut Bripka, isu keselamatan tidak menjadi masalah kerana terdapat dua lapisan pagar di tapak tersebut dan sebelum pintu dibuka, terdapat satu lagi pintu sel tambahan di belakang yang sudah dikunci.

Malah dia tidak menyangka videonya itu tular hingga mendapat perhatian jutaan warganet yang turut terharu dan memuji empati ditunjukkan Bripka selain mendoakan agar banduan yang ditahan kerana kes kecurian itu diberi hidayah.

Baca Lagi:
Syarikat import telur India saman Azmin Ali RM20 juta, ini sebabnya
Warga asing urus majlis berbuka puasa di masjid Nilai
Cikgu menyesal tanya soalan ‘mak ayah siapa sudah meninggal?’dekat murid darjah 1, sekali ini jawapan yang keluar…
CATEGORIES