PN muktamad senarai calon PRN Johor minggu depan: Muhyiddin

PN muktamad senarai calon PRN Johor minggu depan: Muhyiddin

PN muktamad senarai calon PRN Johor minggu depan: Muhyiddin. Perikatan Nasional (PN) akan memutuskan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor minggu depan, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata, perbincangan mengenai perkara itu telah diadakan bersama Pas dan Gerakan.

“Senarai calon dah ada, tapi kita belum putuskan siapa yang nak dipilih. Dalam masa seminggu kita akan putuskan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Resepsi tahun Baharu Cina anjuran Gerakan di sini pada Selasa.

Turut hadir Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai; Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Mohd Faizal Azumu; Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Wanita PN, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Muhyiddin sebelum ini berkata, PN akan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor.

Ketika ditanya siapakah calon yang akan mengambil alih tempatnya di DUN Gambir selepas beliau tidak berhasrat mempertahankan kerusi itu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu itu berkata: “Tunggu sahaja, Johor ramai calon yang berkelayakan kadang-kadang susah nak pilih sebab ramai yang layak.”

Sementara itu Dominic berkata, Gerakan menyerahkan kepada pucuk pimpinan PN mengenai kerusi yang akan diagihkan kepada parti itu pada PRN Johor.

Beliau mengakui parti itu memang berminat untuk bertanding di beberapa kawasan DUN dan telah menyerahkan senarai calon-calonnya kepada pucuk pimpinan PN, namun beliau enggan mendedahkan lebih lanjut mengenainya.

Baca lagi: 

Giliran Penolong Pegawai Perubatan mogok esok?

Anwar: Mengapa bank berkaitan k’jaan beri pinjaman kepada firma perjudian?

WHO jangka Covid-19 berakhir beberapa bulan lagi

CATEGORIES
TAGS