‘PM tepi’ peniaga boleh didenda RM50,000 jika tidak pamer harga, ini cara buat aduan

‘PM tepi’ peniaga boleh didenda RM50,000 jika tidak pamer harga, ini cara buat aduan

‘PM tepi’ peniaga boleh didenda RM50,000 jika tidak pamer harga, ini cara buat aduan.

Tindakan seorang pengarah syarikat menjual perabot secara dalam talian yang mengamalkan konsep ‘PM Tepi’ di Facebook membawa padah apabila beliau telah disiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor.

Bukan sedikit ya kita boleh lihat peniaga di laman media sosial tidak pamerkan harga. Memang amalan “PM Tepi” ini sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan peniaga. Untuk pengetahuan anda, peniaga yang dilaporkan tidak mempamerkan harga boleh dikenakan denda sehingga RM50,000.

'PM tepi' peniaga boleh didenda RM50,000 jika tidak pamer harga, ini cara buat aduan

Pengguna pula berhak untuk membuat aduan kepada pihak KPDNHEP jika dapati ada pihak yang masih tidak mempamerkan harga. Anda boleh lihat caranya di bawah.

PADAH TIDAK PAMERKAN HARGA

Ketua Pegawai Penguat Kuasa (KPDNHEP) Selangor, Azman Adam, berkata kaedah ‘PM Tepi’ menjadi satu kesalahan dan penjual seharusnya mempamerkan maklumat lengkap mengenai produk atau perkhidmatan yang dijualnya.

Menurut berita yang disiarkan pada tahun lepas, syarikat perabot yang tidak mempamerkan harga tadi diserbu oleh pihak KPDNHEP dan pengarah syarikat tersebut telah mengakui tidak mempamerkan maklumat yang sepatutnya seperti harga serta spesifikasi barangan yang dijual.

Tindakan lelaki berusia 41 tahun itu boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 (Perbadanan) dan denda RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya (Perseorangan) mengikut Seksyen 145 Akta Perlindungan Pengguna 1999.

SYARAT JIKA NAK GUNA “PM TEPI”

Walaubagaimanapun, peniaga masih dibenarkan guna konsep PM Tepi tetapi dengan syarat mematuhi 8 perkara di bawah Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, Akta Perlindungan Pengguna 1999.

8 perkara yang perlu dipatuhi oleh peniaga untuk membolehkan Pm Tepi adalah:

Nama penjual/syarikat
Nombor pendaftaran perniagaan
Keterangan produk
Tema dan syarat
Harga perlu dibayar
Maklumat untuk dihubungi
Kaedah pembayaran
Anggaran masa penghantaran

'PM tepi' peniaga boleh didenda RM50,000 jika tidak pamer harga, ini cara buat aduan

CARA BUAT ADUAN JIKA PENIAGA TIDAK PAMER HARGA.

Sekiranya anda mendapati ada peniaga yang tidak mempamerkan harga yang jelas, anda boleh laporkan kepada pihak KPDNHEP secara online dengan langkah-langkah berikut:

Pergi ke laman rasmi eaduan KPDNHEP

Klik pada “Aduan Kepenggunaan”

'PM tepi' peniaga boleh didenda RM50,000 jika tidak pamer harga, ini cara buat aduan

Daftar Pengguna Baru jika anda masih belum pernah mendaftar

'PM tepi' peniaga boleh didenda RM50,000 jika tidak pamer harga, ini cara buat aduan

Selesai daftar, klik pada +Aduan Baru

'PM tepi' peniaga boleh didenda RM50,000 jika tidak pamer harga, ini cara buat aduan

Pilih kategori “harga” dan Sub kategori “tiada tanda harga“. Isikan semua maklumat yang diminta.

'PM tepi' peniaga boleh didenda RM50,000 jika tidak pamer harga, ini cara buat aduan

Selesai laporan, tunggu status laporan yang akan dikeluarkan. Buat semakan di semakan aduan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda untuk bertindak sebagai pengguna. Jangan pula anda salah gunakan aduan ini untuk buat aduan palsu, nanti anda pula yang kena denda.

Baca Juga : Menteri agama bersuara! Klip video adegan ‘panas’ Zul Ariffin akan ditayang bulan Ramadhan nanti

Perhatian kepada pengguna Highway LPT Karak – Gombak, jika anda dihampiri 4 lelaki ini sila berhati-hati

Ini 7 sebab kenapa lelaki melayu suka sangat dengan amoi berbanding perempuan melayu..

CATEGORIES